08 March 2011

mee kuah pak lang



ok kawan-kawan . . . . . . . . . (nada gembira poyo. huahahaha..)

mula2 nak citer sejarah mee kuah ni dulu ye.. penting ni. resepi mee kuah ni aku dapat daripada pak lang a.k.a abang ayah aku. yahya namanya. beliau memang marvelous masak mee kuah ni. bukan setakat mee kuah, beliau juga hebat memasak nasi daging dan juga kari daging. menu tu boleh dapat time ahli klorga berkumpul jer... (menunjukkan sangat jarangggggggg nak merasa menu beliau itu) so, ritu time kenduri sepupu aku si fifi student mesir tu... (eh, citer ni aku tak masuk blog lagi.huhu.. later la yerr..) pak lang dengan besar hati masak mee kuah ni untuk majlis ramah-mesra bersama keluarga baru gituuu.... diorang start masak petang. aku ngan en.sOmi dah nak balik sebenarnye. tapi memandangkan rase rugi klau tak tunggu mee tu siap, maka menantilah kami sOmi isteri sambil fokus memerhati beliau masak. (nak tanya direct malu..ngeee....)


sebagai permulaan, aku kasi tayang dulu apape gambo yang sempat aku snap yer . . . ni bahan2 time kat umah mak aku ritu. sebenarnye aku tak dapat agak sangat kuantiti dia... muahahahha... aku main agak2 je. ikut saiz periuk. (abeh la korang . . . huahahaha . . . ) aku bukan pe, ni 1st time nak masak menda2 gini, so awal2 lagi dah cakap ngan ayah.. ni kita try and error ok.. masing2 baru nak belajar... (alasan untuk langkah selamat..hihihi..) so, bila dah siap semua... bahan2 yang ada ritu adalah untuk makan lebih kurang 10 -12 orang. so, lepas ni buleh budget sendiri kuantiti yang dikehendaki yerr . . .  ^_^



bahan utama


untuk topping /  dressing.
yang tulis2 tu sebab lupe nak snap gambo. ^_^


ni dua step yang paling penting.


orait. now kita tengok resepinye ye . . . ni aku tulis ikut cara aku tau. lagipun ritu time blajar ngan pak lang, dia tak ajar satu2. kitorang blajar daripada pemerhatian cara pak lang masak. pehtu siap semua, amik pen ngan ketas tulis balik ape yang kitorang tengok. pehtu tunjuk ketas tu kat pak lang. pak lang terus approve !!! haaaaa..... terror tak??? semangat okeh !!  (hidup perlu riak setahun sekali) hahhahaha... wekk !!!


* pehtu lagi, ni 1st time aku masak menu ni fresh lepas menuntut ngan pak lang. masak kat umah mak kajang (eh, dah cakap kan) masak ngan ayah ku yang terchentaaa.... (sebab menda2 camni, perangai aku sama macam ayah. kalau dah suka menu tu, suka try2 resepi walaupun sebenarnye zero ilmu resepi tu.. hahahah.. pehtu, boleh kawtim baik punyerr...klau ngan mak, asyik kena marah je..huahahha...)


eh, bila aku nak abes bebel ni. sume benda nak citer. hoh!


ok. ok. jom tengok resepi.



mee kuah

bahan utama
1 kilo mee kuning
1/2 kilo daging (nak masukkan tulang pun boleh. untuk dapatkan manis dia)
3 ekor ketam
15 biji bawang merah / kecil
cili kering
7 biji ubi keledek putih/kuning saiz sederhana
kacang tanah
minyak untuk menumis
garam / gula
sos tomato
susu cair

bahan topping /  dressing
4 keping tauhu
taugeh (kuantiti - terpulang)
bawang goreng
daun sup /  daun bawang
salad daun


langkah 1 - sediakan bahan-bahan asas

1) rebus daging sampai empuk. daging tu potong kecik2, air dia simpan untuk kuah.

2) buang kulit ubi keledek putih/kuning tu, pehtu rebus. dah lembut, kasi lenyek macam mash potato tu.

3) hiris bawang merah / kecil.

4) goreng cili kering (tanpa minyak) sampai naik bau/warna tukar jadi gelap. mungkin korang tak dapat agak kuantiti banyak mana nak goreng tu kan... tapi takpe kalau tergoreng lebih pun, sebab boleh simpan guna untuk masak menda lain.

5) cili kering yang dah goreng tu, korang mesin halus2. (yang aku wat ritu macam dalam gambo tu kasar giler) tamo macam tu ye. kasi halusss jeerr ...

6) goreng kacang tanah, pehtu kisar halus gak. nak tumbuk pun boleh. (tapi macam aku ritu yang dalam gambo tu, aku campur halus sket, kasar sket)

7) celur mee kuning & taugeh.

8) goreng tauhu pehtu potong dadu.

9) hiris daun sup/daun bawang/salad.


langkah 2 - tumis & masak

1) tumis bawang merah/kecil yang dihiris sampai naik bau.

2) tumis cili kisar dengan api sederhana. kuantiti - aku buh ritu dalam 5 sudu makan. saje kasi pedas.
ok. ada tips kat sini. pak lang kata, kena masak pelan2 cili ni. masak sampai hilang bau 'tengik' cili tu. maknanya cili tu dah cukup masak.

3) masukkan air rebusan daging. kuantiti tu agak2 la ye.

4) biar lama sikit. agak2 air rebusan tu dah panas /  nak menggelegak, masukkan susu cair. susu cair ni untuk dapatkan rasa lemak. so, ritu aku masukkan dalam suku tin.
(sebenarnye dekat setengah tin gak la. huaahahha... pehtu dah menggelabah. cakap kat ayah, alamak cemane ni ayah. huahahaha... so, bila kejadian macam tu, kitorang pun amik inisiatif untuk masak lama2 dengan api kecik. so bila lama dia akan pekat la kan.. kuakakaka... ayah, rahsia kita dah terbongkar laa...tapi xpe, aku share gak ngan korang. mane tau korang pun macam aku. BUDAK-BARU-BELAJAR. kan... kan...)

5) masukkan kacang tumbuk sikit2. kacau. kuantiti - agak2 bila kita senduk kuah tu bajet boleh nampak kacang. pehtu tu masuk plak ubi keledek lenyek, kacau2 lagi bagi sebati.

6) pehtu bleh la masukkan sos dalam 1 1/2 senduk (diingatkan, ni kuantiti aku ritu. untuk 10 org makan. korang pandai2 letak ikut citarasa yer) kacau sebati.

7) masukkan garam & gula jugak mengikut citarasa.
(ritu, gula aku masukkan dalam 5 sudu makan & garam aku masukkan dalam 2 sudu makan. tapi aku masukkan 2 sudu, pehtu rasa. tak cukup, masuk lagi 1 pehtu rasa. haaa... manual gitu... sebab tekak masing2 kan... aku suka pedas2 lemak manis..)

8) masukkan ketam. (ketam ni adalah sebagai penambah rasa manis kuah)

9) kacau. kacau. biar kuah mendidih dengan api sederhana.

mula2 aku rasa macam.... rasa ok tapi nape cair ek? tak macam kedai. huuuuu.... rakan-rakan, ia jadi begitu sebab belum betul2 sebati antara kuah bersama ubi lenyek bersama kacang tumbuk. tapiiiii bila dah masak lama sket, kira kuah tu pekat sket.. pehhhhhhh..... macam tak caya je tengok piyuk tu. eh, biar btol aku bleh masak kuah tu...... heh.. heh.. heh.. tersenyum2 aku ngan ayah bila ada orang puji. (walaupun akak ipar aku a.k.a bini abg ngah jer yang puji itu)


sekian saja resepi dari saya yang BUDAK - BARU - BELAJAR ini . . . .



(banyak kali baca balik entri ni sebelum post. macam malu ohhh... tapi biasalah kan.. hidup perlu riak setahun sekali. lariiiikkkkkkkssssss.....)



eh, lupe. ni la hasilnye . . .

-
-
-
-
-
-
-
-

(tiru cara kak filla lagik)

-
-
-
-
-


ampun yer. gambo kualiti kamera enpon.

-
-
-
-

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...