Ini budak botak kat umah Opah Slim (kg. en.sOmi)
Weekend lepas kami bertiga berkampung di sana bertujuan berkumpul adik beradik untuk sambut besday mak yang sentiasa coooolllll jerrrr.... OK. citer hepi beday tuyu next entry yehhh.. ni nak citer pasal peristiwa yang boleh dikatakan dirancang dan juga kebetulan...
Minggu yang kitorang balik tu kebetulan Ustaz Umar bagi ceramah kat masjid slim river.. aku memang kenal ustaz ni.. en.sOmi yang kenalkan.. sejak aku baru kawin lagi en.sOmi dah kenalkan.. dan aku amatlaaaaahhhhh admire kat ustaz ni.... dah la berilmu tinggi.. ensem plak tu.. cakap pun very lah the lembuuutttt... sejuuuuukkk hati tengok muka ustaz umar ni... sampai aku niat..jika diizinkan Allah nanti diberikan anak lelaki.. salah seorang nak dinamakan Umar jugak... =)
Disebabkan ciri-ciri yang aku sebutkan tadi.. daripada mengandung lagi memanglah aku naaaaakkkk sangat anak yang bakal lahir nanti akan ditahnikkan oleh Ustaz Umar... dan Alhamdulillah... tercapai jugak walaupun umur Nur Sakinah dah nak masuk 3 bulan... yang penting berkat tu dapat la jugak kann... Alhamdulillah.......
So, itulah rancangannye... rancang untuk dapatkan masa Ustaz Umar untuk mentahnikkan Sakinah... dannnn kebetulannye adalahhhhh..... minggu kitorang balik tu kan nak sambut hepi beday tuyu mak mentua aku kan... so, ada buat makan-makan sikit... so, last minutes punye perbincangan aku ngan en.sOmi... alang-alang buat tu, en.sOmi suggest untuk ajak geng masjid untuk makan-makan sekali... tanye adik beradik semua bagi green light.. hoyeaa....!!! makanya diambillah kesempatan itu untuk minta Ustaz Umar tunaikan hajat kitorang... Alhamdulillah.... siyes! memang aku tak sangka hajat aku daripada mengandung dimakbulkan Allah... sekali lagi... Alhamdulillah.... segala pujian bagi Allah yang Maha Besar...
Mereka
Inilah Ustaz Umar >_<
Bertahnik guna kurma
Dibacakan doa
Fuuhhh.... nak menitik air mata aku time ni.. (eh, tak sempat menitik, bergenang je..hihi..) hmmm... entahlah... aku rase macam orang terpilih.. sebab bukan senang nak dapat peluang macam ni... terbayang-bayang lagi kesungguhan Ustaz Umar bila en.sOmi minta tahnikkan Sakinah.. laju je beliau amik kurma pastu pegang kepala dan baca doa tu... hmmm....
To anak sulung ibu & ayah,
Nur Sakinah Binti Mohd Zaki :
Nur Sakinah Binti Mohd Zaki :
Ibu dan ayah berusaha untuk dapatkan Ustaz Umar untuk tahnikkan Sakinah sebab nak dapatkan keberkatan orang alim.. Semoga Sakinah jugak menjadi seperti Ustaz Umar yang mementingkan agama.. nak harapkan ibu dan ayah sepenuhnya.. kami juga masih berusaha memenuhi diri dengan ilmu.. jadi, ini usaha awal kami untuk bersama-sama mencari keredhaan Allah.. Semoga suatu hari bila Sakinah baca cerita ibu ni.. boleh menjadi peringatan kepada Sakinah untuk menjadi hamba Allah yang taat kepada ibu bapa dan Tuhanmu... Ayah dan Ibu sangat menyayangimu dan sayangilah kami hingga ke akhirnya...
*******************************************************************
SUMBER GOOGLE
Tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa. Pengertian tahnik secara bahasa dan syr’i adalah mengunyah sesuatu dan meletakkanya di mulut bayi. Maka dikatakan mentahnik bayi, mengunyah kurma kemudian menggosokkannya di langit-langit mulut bayi. Dianjurkan agar yang melakukan tahnik adalah orang yang memiliki keutamaan, dikenal sebagai orang yang baik dan berilmu. Dan hendaklah ia mendo’akan kebaikan (barakah) bagi bayi tersebut.
Ia boleh dilakukan oleh bapa kanak – kanak itu atau dibawa ke rumah orang – orang soleh untuk ditahnikkan dia kerana anak – anak yang lahir di zaman Nabi saw membawa anak – anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh Nabi saw.
Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi.
Seandainya kurma sukar didapati, boleh digantikan dengan manisan lain seperti gula dan madu lebah.
Jika tiada buah kurma boleh digantikan dengan makanan – makanan lembut yang manis.
Hikmah :
# Untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya.
# Menguatkan lidah dan mulut bayi dan bersedia untuk menyusu.
# Dapat mengambil berkat dari orang – orang yang soleh mudah – mudahan kanak – kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila ia dewasa.
# Hikmah tahnik adalah untuk pengharapan kebaikan bagi si anak dengan keimanan, kerana kurma adalah buah dari pohon yang disamakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan seorang mukmin dan juga karena manisnya. Lebih-lebih bila yang mentahnik itu seorang yang memiliki keutamaan, ulama dan orang shalih.
Nota : Alhamdulillah... rezeki Nur Sakinah.. telah ditahnikkan oleh en.sOmi, ayah (tokwan) dan 2 orang ustaz.. kesimpulannya... selagi ada orang alim (yang dikenali rapat), kitorang (aku & en.sOmi) minta diorang tahnikkan Sakinah.. huhuhu... Semoga anak-anak lepas ni pun diberi rezeki begini juga.... ^_^
.
saya pun nak tahnik juga untuk ilham.. :)
ReplyDelete