RAJINNYER SAYA HARI INI !!!!!!
Di atas kerajinan ini, silalah kalian menghargainya punnn . . . .
Kalau hari Sabtu aku adalah menghadiri kenduri kawen anak big bos di Dengkil, hari Ahad pulak aku adalah menghadiri kenduri doa selamat di rumah mak ayah di Kajang.. Kenduri adalah sempena kesyukuran mak ayah bersara + renovation rumah siap + aku nak bersalin . . . en.sOmi bagitau, antara ayat dalam doa yang imam baca adalah memohon kepada Allah semoga anak kepada en.fadzil (ayah aku) selamat dan mudah bersalin. ** terharu!!
Empat hero yang menyusun meja.
Ayah + Abg Chaq + Abg Ngah + En.sOmi
- LOVE THEM -
Oihhh.... ni lagi sorang hero dalam family aku.
Sudah mau masuk 8 bulan dan sekarang sudah membesar dan memanjang dan mengada-ngada terutama bila nampak daddy.
Sekarang ni Ilham asyik lah nak mendukung dan suka menahan mata walaupun mata dah ngantok tahap tertinggi. Citer pasal beliau tido . . . Pernahlah bape kali aku tidokan Ilham ni. Tak susah tapi kita kena pandai saiko. Sebab, kita kena baring sekali dan jugak pejam mata sekali (ni cara nak dia cepat lena). Sambil bagi susu, kita pun baring la sebelah sambil zikir sambil usap-usap kepala atau kening beliau. Ok, itu senang. Tapi yang tak senang bila sambil minum susu, beliau akan pandaaaanngggggg je muka kita. Aku tak pasti kenapa dia pandaaaannnggggg je muka kita ni.. Mungkin sebab beliau nak melihat mulut kita kumat kamit berzikir ataupun beliau nak pastikan yang kita pun tido jugak.. (haha!) Mula-mula aku tak tau . . . bila dia pandang aku, aku pandang dia ... memanglah sampai abes susu pun beliau tak tido. grrrrrrr...... so, lepas tu aku saje pejam mata sekali ... agak-agak aku pun macam nak terlena, aku bukak la mata.. dan aku berjaya! Ok, lupe. dalam pada nak tido tu, tangan beliau akan menepuk-nepuk apa saja yang ada disekeliling sambil guling-guling kiri kanan, kelepuk sana kelepuk sini.. hoiihhh... aku tau tu adalah di bawah para tanpa sedar. Tapi kita ni la yang nak menahan diri kena tepuk. T____T
** Eh, aku citer pasal Ilham ni macamlah Ilham ni anak kandung aku kan... hahahhahaha... takpe. takpe. amik mood. nanti anak sendiri dah kuar........ selamat tinggallah wahai Ilham... sila beri laluan kepada adik yerr... wakakakkakakakkakakakakaka.....
Seb bek kamu cOmel stok rasa nak gigit-gigit je bila tengok muka tu.. Takpe. Takpe. Buatlah apepun selagi masih ada cOmel itu.. (eh??)
Nilah menu hari itu.
Kawan ayah yang masak. Memang biasa amik kat beliau sebab memang sedap!
Korang nampak jelatah tu??
Korang tau tak.... jelatah adalah peberet aku. Tapi sejak kawen aku memang tak makan sebab ada nenas ngan cuka.. kira berpantang la cuka ngan nenas tu.... satu sebab nak peknen & satu lagi sebab dah peknen... Tapiiiiiiii............ hari tu aku makan yawwww.... hohoho... takde sape marah... sebab diorang kata, takpe... nak bersalin dahhhhh....... lepas bersalin dah tentu kena pantang betol-betol tak boleh makan punyerrr.... aku pun dengan senyuman je makan jelatah tu.... kah.kah.kah.kah.kah.
Eh, abes dah gambo? ermmm..... nape sikit jer? jap nak ingat balik.
Ohhhh.... ok ingat dah. Majlis adalah tengahari dah tengahari itu adalah hujan. So, datang kekurang rajinan untuk mengambil gambar selepas itu. Alhamdulillah... ada rezeki, lagi seminggu aku plak wat majlis ye... Insyaallah....
Apape pun, jangan lupa doakan aku cepat dan selamat bersalin yer...
Sayang korang semua !
.
Memang rajin update ....teruskan usaha...tengoklah esok kot abang baru nak update pasal kenduri nie...
ReplyDeleteeh eh.. ada kenduri ke? hahaha.. weh, abis air teh bunga tapau., tapi minum sikit aje.. ekekeke
ReplyDelete