Showing posts with label PREGNENT. Show all posts
Showing posts with label PREGNENT. Show all posts

14 July 2011

SAYA MASIH DIPEJABAT KERANA . . .

BERLAKUNYA DIALOG AKU DGN SECOND BOS :




SECOND BOS : KERJA 'A' DAH SIAP?



AKU : HALF WAY, BUAT KEJE BOS DULU



SECOND BOS : KERJA 'B' ?



AKU : ERKK... HALF WAY GAK SEBAB BUAT KEJE BOS DULU



SECOND BOS : ISH KO NI... KO DUE BILE?



AKU : ISNIN NI, 18/7



SECOND BOS :  HA, MACAM TU BG OVERDUE SKET DARI 18 TU, SENANG SKET.
                            KALAU TAK, SEMUA KEJE TADI TU LETAK KAT DESKTOP.
                            SENANG NAK CARI. KOT2 ESOK KO DAH TAKDE KE....
                           (dah beranak)   
                           (CAKAP GELAK-GELAK)



AKU : ERRRRRRR.............. JAHAT LA TUAN NIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII ..................... !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 
 
** so, niat nak tangguh keje adalah tak jadi sebab sian pulak kat orang yang akan ganti nanti kan.. huhu... tapiiiiii nak kematu dah vontot ai ni hokehhh... pejabat dah kosong ni!!! huhaaaaiiiiii.............

13 July 2011

MAJLIS DOA SELAMAT DI KAJANG


RAJINNYER SAYA HARI INI !!!!!!


Di atas kerajinan ini, silalah kalian menghargainya punnn . . . .

Kalau hari Sabtu aku adalah menghadiri kenduri kawen anak big bos di Dengkil, hari Ahad pulak aku adalah menghadiri kenduri doa selamat di rumah mak ayah di Kajang.. Kenduri adalah sempena kesyukuran mak ayah bersara + renovation rumah siap + aku nak bersalin . . . en.sOmi bagitau, antara ayat dalam doa yang imam baca adalah memohon kepada Allah semoga anak kepada en.fadzil (ayah aku) selamat dan mudah bersalin.  ** terharu!!


Empat hero yang menyusun meja.
Ayah + Abg Chaq + Abg Ngah + En.sOmi
- LOVE THEM -



Oihhh.... ni lagi sorang hero dalam family aku.
Sudah mau masuk 8 bulan dan sekarang sudah membesar dan memanjang dan mengada-ngada terutama bila nampak daddy.

Sekarang ni Ilham asyik lah nak mendukung dan suka menahan mata walaupun mata dah ngantok tahap tertinggi.  Citer pasal beliau tido . . . Pernahlah bape kali aku tidokan Ilham ni. Tak susah tapi kita kena pandai saiko. Sebab, kita kena baring sekali dan jugak pejam mata sekali (ni cara nak dia cepat lena). Sambil bagi susu, kita pun baring la sebelah sambil zikir sambil usap-usap kepala atau kening beliau. Ok, itu senang. Tapi yang tak senang bila sambil minum susu, beliau akan pandaaaanngggggg je muka kita.  Aku tak pasti kenapa dia pandaaaannnggggg je muka kita ni.. Mungkin sebab beliau nak melihat mulut kita kumat kamit berzikir ataupun beliau nak pastikan yang kita pun tido jugak.. (haha!) Mula-mula aku tak tau . . . bila dia pandang aku, aku pandang dia ... memanglah sampai abes susu pun beliau tak tido. grrrrrrr...... so, lepas tu aku saje pejam mata sekali ... agak-agak aku pun macam nak terlena, aku bukak la mata.. dan aku berjaya! Ok, lupe. dalam pada nak tido tu, tangan beliau akan menepuk-nepuk apa saja yang ada disekeliling sambil guling-guling kiri kanan, kelepuk sana kelepuk sini.. hoiihhh... aku tau tu adalah di bawah para tanpa sedar. Tapi kita ni la yang nak menahan diri kena tepuk.  T____T


** Eh, aku citer pasal Ilham ni macamlah Ilham ni anak kandung aku kan... hahahhahaha... takpe. takpe. amik mood. nanti anak sendiri dah kuar........ selamat tinggallah wahai Ilham... sila beri laluan kepada adik yerr... wakakakkakakakkakakakakaka.....



Seb bek kamu cOmel stok rasa nak gigit-gigit je bila tengok muka tu.. Takpe. Takpe. Buatlah apepun selagi masih ada cOmel itu.. (eh??)




Nilah menu hari itu.
Kawan ayah yang masak. Memang biasa amik kat beliau sebab memang sedap!
Korang nampak jelatah tu??
Korang tau tak.... jelatah adalah peberet aku. Tapi sejak kawen aku memang tak makan sebab ada nenas ngan cuka.. kira berpantang la cuka ngan nenas tu.... satu sebab nak peknen & satu lagi sebab dah peknen... Tapiiiiiiii............ hari tu aku makan yawwww.... hohoho... takde sape marah... sebab diorang kata, takpe... nak bersalin dahhhhh....... lepas bersalin dah tentu kena pantang betol-betol tak boleh makan punyerrr.... aku pun dengan senyuman je makan jelatah tu.... kah.kah.kah.kah.kah.



Eh, abes dah gambo? ermmm..... nape sikit jer? jap nak ingat balik.
Ohhhh.... ok ingat dah. Majlis adalah tengahari dah tengahari itu adalah hujan. So, datang kekurang rajinan untuk mengambil gambar selepas itu.  Alhamdulillah... ada rezeki, lagi seminggu aku plak wat majlis ye... Insyaallah....


Apape pun, jangan lupa doakan aku cepat dan selamat bersalin yer...

Sayang korang semua !

.

KENDURI KAWEN | ALAMANDA


Sabtu yang lalu . . . (09.07.2011) saya bersama adik chOmel adalah kepergian ke Dengkil untuk kenduri kahwin.  Saya adalah memandu sendiri yawww !!! hebat tak? hebat tak? yaaa . . . saya memang hebat! (riak) . . . en.sOmi adalah tiada disisi kerana terlibat secara tidak langsung di dalam majlis kawen tersebut.  Jadi saya perlu memandaikan diri membawa diri untuk sampai ke destinasi.  Hari itu jalan adalah jem !!!!!! sebab ada roadblock di highway Sg. Ramal sana... sangat menggerami ohh ketika itu !!

Berkat kesabaran dan ke rileks an kami semua . . . dengan panduan jalan di atas sehelai kertas . . ditambah dengan ke fokus an melihat tanda jalan kerana takut terlepas simpang . . . . . .  sampai jugak kami ke destinasi. 
Clap! Clap! Clap!


Kehadiran kami ke majlis ini adalah kerana bapa pengantin lelaki ialah Big Bos saya. 


menu adalah sedap dan paling sedap bagi saya ialah cendol. (boleh?)


Menu saya.  Saya makan sedikit sebab diakhir pemengandungan memang adalah begini.


Kak Ros + Kak Noor


Kak Su + Kak Nani


Mereka berempat menaiki satu kereta.  Saya dan adik chOmel pula satu kereta.
Jumlah kereta di dalam rombongan adalah dua.


Saya dan adik chOmel saya.  Ohh... adik saya sudah besar atau dalam kata lain, sudah tua.
Bernasib baiklah saya kerana adik memulangkan dirinya ke rumah makayah pada hari Khamis, jadi dapatlah teman saya ke majlis ini.  Jika tidak, mungkin tak dapek laaaaa.... dok umah lagi gud! haha..


Inilah pengantin.
Pengantin lelaki adalah anak kedua Big Bos saya.  Pengantin perempuan saya tidak kenal. (mesti la kan!) hohoho...


Kek Kawen yang hampir menyerupai kek kawen saya haritu
^_^


Cendol stall yang sedap!
Untuk mendapatkan cendol ini, kita tidak perlu bangun dan ambil, tapi mereka yang datang hantar. Gud! Gud! Like! Like!


Setelah kenyang dan tenang. Kami semua pun pulang ke tempat asal . . . Waktu pulang juga adalah saya tanpa en.sOmi kerana majlis belum selesai bersamaan dengan kerja belum habis.



Disebabkan saya adalah hanya bersama adik chOmel, perjalanan pulang kami terhenti seketika di Alamanda untuk membeli keperluan adik chOmel di kolejnya nanti. (ini adalah benar okeh! tiada niat tersembunyi.. sila mempercayainya punnn....)

Ohhhhhhh.... ini saya diketika pemengandungan berusia 38 minggu 5 hari . . .
masih gagah meronda satu Alamanda.  memang diakhir-akhir pemengandungan ini saya adalah sihat dan aktif berbanding diminggu 34 - 37.  Saya pun pelik, tapi saya sangaaattttt bersyukur...... moga dengan keaktifan ini saya mudah bersalin nanti. Aminnnn.....


Barang-barang yang hendak dibeli adalah barang keperluan asas adik chOmel, jadi kami terus menawaf Carefour.  Ok, sebenarnye adalah coi kami membeli belah pada hari itu kerana hari itu ialah hari SABTU. Hari Sabtu ialah HARI TANPA PLASTIK.  Lebih kelihatan coi adalah kerana antara barangan yang diambil ialah pakaian kelengkapan di dalam baju atau lebih mudah difahami dengan perkataan underware. Hohoho... takpe. takpe. kerana itu, saya sanggup bayar doposen untuk menyimpan kelengkapan tersebut di dalam plastik berikutan selepas ini kami perlu meneruskan perjalanan di seluruh Alamanda untuk mencari beg pula.  Membeli beg adalah lama kerana adik chOmel sungguh sengal tidak tahu membuat keputusan untuk memilih beg. (Grrrrrrr....... ) Jadi untuk memujuk hati sendiri yang letih menunggu, saya telah menghadiahi diri sendiri dengan sebuah beg yang sangat cantik dimata ini. (sila terima alasan yang sunggu munasabah ini..  =P)
** Gambar beg adalah tiada. Harap maklum.






























































tak tahu macamane sekarang boleh menaip di bawah ini pula. kenapa yehhh??

- Sekian, wassalam. -


.

MENU SEMALAM








Dalam gambo :

~  Pizza express (ayam + extra cheese)
~  Tauhu bakar


Tiada dalam gambo :

~  Bakso Solo
~  Air Sirap
~  Air Milo
~  Air Soya
~  Nasi dagang lauk ayam
~  Nasi kerabu lauk daging + telur masin
~  Kuih muih


Banyak???  hohoho... memanglah banyak!  TAPI bukan semua tu saya makan seorang. Makan adalah secara berjemaah bersama rakan taulan... huhuhu... entah la... sekarang ni tengok semua pun teringin.. tapi makan sikit je.. 'buat rasa' ... (ke?) hahaha...

Ok lah.. korang korang semua TOLONG DOAKAN SAYA CEPAT BERSALIN DENGAN SELAMAT & TIDAK LAH OVERDUE yerr... saya masih bekerja lagi ni... malas nak cuti sebab kalau cuti lagiiiiiiiiii aku malaassssss..... hohoho...

Ermmm... alang-alang citer pasal nak tunggu hari ni kan... aku terus je lah menaip yer...

Isnin ritu last checkup kat PPUKM..
BP + Urine semua ok...
Berat adalah 75kg.. turun 0.1kg daripada last checkup (2 minggu lepas)
Condition baby adalah ok..
Kepala baby memang dah masuk ruang pelvis.. so, memang bila-bila masa je boleh bersalin...
Doktor kata lepas ni kena lebih alert dengan contraction or apape tanda..
Doktor bagi date sampai 27/07/2011.. if takde tanda nak bersalin, kena terus gi spital untuk induce.. huhuhu...

Ok. itu je... so, korang doakan yehhh... sayam koram!  ^_^




.



05 July 2011

JJCM | DESA PANDAN



Petang semalam lepas balik keje, aku tanya en.sOmi nak makan ape malam ni?? ntah cemane en.sOmi kata, kita makan cikencop kat ampang nak? terusss la aku pelik kannn...  kalau time weekend beliau cakap macam tu (ajak makan jauh-jauh) takpe la jugak... tapi harini weekdays kott... esok nak keje... hurmmm... terdiam aku... (tapi still control muka cool je la.. haha..) cemane akhir-akhir usia pemengandungan aku ni, beliau plak yang 'ngidam' ... huahahhahahaha.... ikutkan aje la labuuuu.... so, cepat-cepat la mandi, solat bersiap semua... kepergian la kami ke sana ikut MRR2.. jalan adalah tidak jammed. gud! gud!



Inilah kedainyer . . .

D'Timur Steak House


sebenarnye ia adalah gerai tepi jalan tu jer... yang berderet-deret tu...


 
see... atas jalan raya je meja-meja dia... 

  

MENU
harga dia adalah soooooooo murah...
dah la BANYAK. SEDAP plak tu. pastu MURAH.
memanglah berbaloi-baloi aku ke sana malam tadi...


en.sOmi datang sini nak makan cikencop je...



tapi akhirnya yang di order . . . . 
 (oleh aku)



MUSHROOM SOUP MELIMPAH RUAH ~ RM4.00


CRAB BALL SUPER SEDAP!  ~ RM5.00


CHICKEN & LAMB COMBO  ~  RM16.00


CHICKEN CHOP RANGUP SEDAP GILERRRRR ~  RM8.00


AIR CARROT SUSU  ~ RM2.00
AIR TEH O LIMAU SUAM  ~  RM1.00


service adalah cepat. aku tengok sebab diorang buat kerja ada sistem. *clap! clap!
lepas tu, SEMUA YANG AKU MAKAN ADALAH SEDAP BANGAT !!! standard restoran punyer rasa... mula-mula sampai mushroom soup.. terkejut aku tengok banyaknyeeeee.... sikit lagi je nak melimpah. pekat, likat dan sedap. mushroom dia pun adalah banyak dan roti dia jugak adalah sedap.

lepas tu sampai plak crab ball.. punnn banyakkk dan sedap. sangat puas hati dengan rasa dia. takdelah rasa tepungggg je...

 lepas tu terus sampai lagi yang set combo tu... haaa... yang tu aku tak suggest sangat kat korang lepas ni... ayam dia ok, cuma kambing dia tu je... aku ni bukan peminat kambing, tapi saje je gatal nak try kannnn... so, kambing ia adalah kureng sebab terasa hamis kambing tu.. en.sOmi yang peminat kambing pun kenot gi... huhu... tapi dia punya grill chicken tu adalah sedaaaappppppppp giler...

dah makan-makan.... tetiba terberhenti jap.. perot penoh dah! chicken chop belom sampai lagi niiii..... hohooiiii..... mane nak sumbat???  bila macam tu, terus la aku buat kira-kira jumlah makanan yang masing-masing kena habiskan... hahahhahahaha... aku makan crab ball 4, en.sOmi pun kena makan 4.. aku makan mushroom soup setengah, lagi setengah en.sOmi kena habiskan... begitu... hahahhahaha....

so, kesimpulannya.... aku bagi 4.5 star... potong 0.5 star sebab kambing dia. itu je. yang lelain semua adalah superb !!!

on d way balik aku tanyer en.sOmi, cemane boleh terpikir nak makan jauh-jauh ni???  nak tau ape beliau cakap?? beliau kata........

satu, sebab abang penah makan kat sini ngan us.kamarul tapi tak sempat lagi nak bawak ayang makan kat sini..
dua, sebab lepas ni ayang kena pantang... kang lambat lagi ayang nak boleh makan benda-benda macam ni... ni 1st time makan.. lepas ni lagi 5 6 bulan baru boleh makan... sian ayang... 

ohhhhhhhh.... rase-rase nak terharu ke buat biasa jerr ???? hahhahahahahahahahaha.... 
*terus aku tersenyum simpul-simpul sambil pegang perot.. rezeki anaaakkkk.... lepas ni baby nak makan ape ekk?? boleh ibu mintak kat ayah.... hak.hak.hak.*

^_^



eh, jap. ade lagi tambahan ayat en.sOmi lepas tu...

sebenarnye lepas cakap nak gi sana tu, nyesal gak. sebab jauh.


~ ~ errrrrrrrrr........ nape lah kamu sungguh jujur wahai en.sOmi ~ ~ ~

takpe laaahhhhhh
untuk sedapkan hati sendiri...
rezeki anaaakkkk.....
*senyum* 


habis jugak kannnnn....






*************************
tambahan
- lokasi -

landmark
#  esso desa pandan
# berdepan dengan deretan kedai yang conner lot shop dia adalah kedai bata. sederet dia ada maybank. jugak berdekatan dengan kedai ayam penyet cawangan desa pandan.

************************




01 July 2011

ADE LAGI NI . . . .

Pagi u olls . . .
Aku ade lagi ni !!! huhuhu . . .

Sekarang nak bekpes jap. Aku jenguk pantri tadi ade laksa . . . Aku beli lontong tadi. Teringin . . . . . hihi . . . Makan jooommmm !!!!



^_^

29 June 2011

MENGHITUNG HARI | 19 DAYS TO GO


Assalamualaikum & selamat bersejuk dalam kehujanan . . .  (ewaaahhh...)

Ape citer hari ni?? huhu . .
Aku ..... biase lah kan . . . selagi tak beranak, jadi citer-citer aku wajiblah citer pasal keadaan semasa aku yang tak beranak-beranak lagi ni... hahaha  
*sila menerima dengan redha*

Baby adalah seperti biasa, aktifffff . . . eh, jap aku nak cari balik gambo yang aku search 37 weeks tu . .



Haaa... ni haaaa...


Muka mengadap ke kiri... tapi aku ni dia ngadap ke kanan sebab time scan isnin haritu tengok tulang belakang dia adalah di belah kiri...

Kalau 36 weeks, keadaan baby adalah muka mengadap ke tulang belakang kita dan kaki ke atas.. kira tulang belakang baby 'menyandar' ke kulit perot ibu.. begitu...

Ko tau... untuk perubahan 36 weeks ke 37 weeks tu.... baby akan berpusing untuk dapatkan kedudukan macam kat atas tu... time tuuu..... humaaahaaaiiiii..... seharian okeh aku tak senang duduk! hari ahad lepas la.... duduk, pinggang sakit.. baring, nafas jadi pendek.. padahal mata ngantok tahap cipan dah tu... so, aku pun duduk atas lantai di tepi katil dengan kepala letak atas katil.. (cepat pandang atas sambil membayangkan!) punnnn tak boleh sebab keadaan macam tu aku kan macam menunduk kan... bila menunduk aku macam tekan perot.. bila aku tekan perot, yang kat dalam mengeras dan 'menolak' aku ke atas balik.. mungkin dia kata... 'ibuuuuu jangan la himpit kitaaaaa...'  hua.hua.hua.hua.hua.hua.     =_='

Dia punyer mengeras tu sampai bila aku pegang perot, aku dapat rasa macam pegang something petak. tapi tak tau ape.. hahahahhahahaha... tu kat belah kiri.. kat belah kanan rasa menendang-nendang.. kulit peyot aku ni kategori tebal.. kalau tak mesti nampak bentuk lagi jelas.... hahaha... so, sebab kulit peyot yang berkategori tebal.. aku just nampak peyot aku jap bonjol kiri, jap bonjol kanan.. jap jap karang aku tersentap terkejot.. tapi paling tak tahan bila dia menggesel.... huuiiihhhhh rase nipissssss nyeeeeerrrrrrrr kulit akuuuuuu......... tegak tegak badan aku menahan nak bagi ruang dia bergerak...

Tapi kan... mak dan kawan kawan aku kata jangan layan sangat.... bila macam tu kena pegang / tolak tolak sikit atau dengan cara kasih sayang yang lain.... usap perot dan kata... 'dah la tu sayang...'   tak pun... 'baby (sebenarnye, sebut nama) .... jangan kuat-kuat... sian kat ibu...'  <<<-- yang ni en.sOmi yang selalu cakappppp.. terharu aku bila beliau cakap macam tu... aku tak ajar tauuu... beliau yang pandai-pandai sendiri....   ^_^



kak ita (anak ke-3), aku (anak pertama), pn.tengku nora(anak ke-2)



Kitorang semua 1 ofc.. kalau ikutkan total semua yang peknen kat ofc aku ni ada 7 orang okeh!!!


jadual geng beranak terdekat :

#  Kak Elly (takde dalam gambo) ~ 9 Julai 2011
#  Aku ~ 18 Julai 2011
#  Kak Ita ~ 21 Julai 2011
#  Pn. Tengku Nora ~ 1 Ogos 2011


hamek koooo.... sekali 4 orang cuti rapat baekkkk punyerrr....

ohhh.... kak elly yang sepatutnyer 9 Julai 2011 tu dah pun selamat bersalin pagi tadi... awal 10 hari dari tarikh jangkaan...  errrrrrrr.........   *termenung aku bila dapat berita kak elly dah bersalin tadi*  sebaaaabbbbbbb lepas kak elly ialah aku !!  huaaaaa..... baruuuuuuuuuu je lepas kira-kira tarikh kat kalender konon nak isi borang cuti awal.... tapi bila macam ni... tak payah laaaaaahhhhh....    T________________________________T






PERSOALANNYA . . . . . . . .

 


LEPAS NI AKU AKAN KUMPUL BARANG-BARANG KALER FINK KE FIRU ????  
 JENG . . . JENG . . . JENGGGG . . .


^_^

.

28 June 2011

BATUK | TWITTER

hari ini . . .

~ saya datang kerja
~ saya masih batuk
~ mata saya ngatuk
~ tekak saya meloya
~ kepala pening macam tak cukup tidur
~ sendi-sendi di jari masih sakit
~ anak di dalam masih aktif
~ sekarang rasa nak turun surau mau tidoooo....

ohhh . . . berikan lah saya kekuatan . . . saya mahu aktif dan tidak menyusahkan sesiapa . . . uhuk. uhuk.

dan, ohhh . . .

saya sudah pandai tweet tweet  #senyumsimpul

do follow me at twitter yerrrr . . .

@dhiyaz86


.

22 June 2011

36 WEEKS | kadang-kadang

Assalamualaikum . . .  ^_^

Minggu ni aku banyak masa untuk update belog kannnn . . .  hahaha! satu sebab aku banyak masa - bos adalah tiada di pejabat kerana beliau MC sehingga Jumaat ni setelah menjalani pembedahan kecil akibat bisul di vontot. huhuhu . . . cian bos aiii . . .  tapi takpe . . . Allah saje nak bagi rehat la tu . . . asyik kejeeeeeeee je . . . sampai nak cuti pun susah. Ni dah takyah mintak cuti pun tapi dapat cuti free lagik . .  =D

Keduanya sebab sekarang aku dah ada cikGreen. so, dimana saja aku update belog. wiiiiiiiiiii ~

Ketiganya pulok adalah sebab minggu lepas macam macam ada . . . jumaat - ahad - aktiviti penuh! so, memang otak aku ni secara automatiknya la kan akan berfikir hari hari cara nak curi masa nak update belog. haha!

Keempat - minggu ni kandungan aku adalah 36 minggu. tadi bila tengok sticker yang aku tepek kat main blog tu . . . dia tulis, 26 days to go. jap aku kasik large. 26 days to go!!! tak sampai sebulan kottttt . . . huhaaaiiii . . . ape perasaan aku ek? hurrrmmm . . . takut ade gak sikit sikit . . . tapi kadang kadang ada gak hati tu berkata kata . . . cepatlah tiba masa . . . . . .  . cepatlah budak ni kuar . . . sebab kadang kadang aku rasa tak tahan lah bila baby aktif sangat . . . aku tau, tu jadi macam tu sebab baby dah besar & ruang rahim dah sikit untuk baby bergerak. sebab tu kita rasa macam tu. so, aku cuba sabarkan hati . . . think positive & mesti bertahan for my own baby. own blood. own generation. 

** walaupun malam-malam aku sekarang adalah tik tik tik air keluar ikut mata. ohhhh . . . memang baby terlalu kuat bergerak sekarang. ye, aku tau tu normal proses untuk baby cari jalan keluar nanti . . tapi apakan daya, ada tahap aku angkat bendera putih gak . . .    =_='  **

Kadang kadang aku rasa macam tak lama lagi dah aku nak bersalin ni . . . terutama bila time dia mengeras bergolek golek tak hengat dunia punye dalam perot ni. rasa tegang je perot. pastu macam menolak nolak ke atas (dada). ko urut la cemane pun, dia tetaaaappppp mengeras gedeguk gedegak jap kanan jap tengah pastu diakhirkan dengan ngiluuuuuu kat pusat kebawah. rasa ngilu kat pusat tu bila aku pegang pusat tu memang rasa terbonjol je pusat tu keluar. bila dah benti 'aktiviti' semua, baru la macam biasa balik. haiiii anak...... huhu..

Ada gak aku rasa kadang kadang rasa macam lambatnye lagi nak tunggu hari . . . bila time takde 'aktiviti' tu, aku siap boleh lari lagi nak kejar lif. tiba tiba macam lupe pulak yang aku peknen, takleh lari laju laju.  haha! hurrmmm . . . macam macam kan yang aku pikir ?? tapi kadang kadang rasa sayang pulak. sebabnye nanti dah takde 'tukang urut dalam perut'. hahahhahahaha . . . .

Macam-macam kan aku ni?? sebab tu la walaupun dah 36 minggu ni, aku still keje macam biasa. cuma pergerakan aku je la terbatas sikit. kalau difikirkan larat ke tidak . . . memanglah aku tak larat . tapi paksakan diri je la. seboleh-bolehnye try ignore part larat ke tak larat tu. buat je ape nak buat selagi tak memudaratkan diri sendiri & baby.

Ohhh yerr  . . . nak masuk 2 minggu dah sendi kat jari jemari tangan aku akan jadi keras bila bangun tido. dua dua tangan. kiri kanan. keras yang tak boleh nak bengkok tu. so, bangun tido je aku kena pelan pelan kepak jari dengan bengkokkan tempat sendi kat bantal. tolak pelan pelan sampai jari boleh membengkok macam nak genggam tu. amik masa bih kurang 5 minit gak la... pastu dah bangun nak berdiri pun kena ada step. turunkan kaki dari katil, rest jap dalam bape saat.. baru boleh bangun. sebab tapak kaki tak kuat nak memijak. aku rasa aku jadi macam tu sebab kurang kalsium kot. dah akhir-akhir ni kan . . . dulu awal-awal takde pun macam ni. huhu . . .

Gitulah simptom simptom akhir-akhir kandungan aku yang pertama ni . . . leher ngan ketiak tu jangan ditanya la . . . memang berkeraaaaaakkkkkk tak hengat !! tak sanggup aku tengok cermin. aku tengok cermin untuk tengok muka ngan perot je. sebab tinggal tu je yang comel. yang lain tuuuuu . . . abaikan! hahahaha . . .


** doakan segalanya selamat dan berlajan lancar ye **
^_^


.

REZEKI # 2




Alhamdulillah . . .
















 

Sekali lagi . . .
Alhamdulillah . . .  ^_^

Semua ni aku & en.sOmi anggap menumpang rezeki anak.
sebab ape?
sebab SEMUA yang kitorang dapat ni sebenarnye dah lamaaaaaaaaa sangat kitorang idam-idamkan... impi-impikan... angan-angankan... tapi di saat menghitung hari kelahiran anak kitorang ni la baru kitorang dapat merasa semuanya... Alhamdulillah . . . melebihi daripada apa yang dijangkakan... aku selalu termenung ingat balik ape yang dah dibelanja sebab takut terbelanja untuk yang bukan keperluan... Alhamdulillah, semua yang kitorang belanja adalah keperluan.. bukan keinginan atau ke - teringin - nan semata-mata.. yang penting barang-barang anak memang dah mencukupi...

** aku ni dah kira tahap menghitung hari je kottt... **


ni lah berkat /  hasil bersabar menahan keinginan selama ni...




lagi sekali kesyukuran dipanjatkan kepada Illahi yang Maha Besar, Pemurah lagi Maha Penyayang.... walaupun kitorang berbelanja itu ini pun... kitorang still lagi dapat menyimpan !! kepelikkan untuk diri aku.. huahahhaha... tapi tu lah kuasa Allah yang Maha Berkusa ke atas apa yang dikehendakiNya...



** kunci keta tu bukan bermakna keta baru yehhhh... tu maksudnya kitorang tukar remote alarm keta yang dah lamaaaaaaaaaaaaa rosak... ada la bape bulan kitorang kunci keta pakai manual.. baru minggu lepas je kitorang dapat guna tit tot tit tot balik.. hahaha... **






16 June 2011

Menghitung hari . . .



menghitung hari . . .




hari-hari dok tengok gambo week by week pregnancy ni . . . atas ni la gambaran kandungan di minggu ke 35 . . . huihhh . . .  sian aku kan . . . baru 35 minggu pun dah asyik dok kira hari. eh tak. aku lagi suka kira minggu. nampak best sikit. setiap kali ada pergerakan dalam perot ni mesti aku sedaya upaya bayangkan gambo ni . . . hihi... saje nak agak part mana yang bergerak tu . . . haha . dan kebanyakkannye adalah part kaki tu. ohhh . . . menendang je anak ibu ni yer . . . kak fiza oficemate aku kata anak aku ni tinggi kot... tu yang selalu rasa kaki dia tu... hahahahaha... sah anak aku ni rajin excersice kat dalam ni.. hahaha...

kalau kat umah aku suka suruh en.sOmi pegang perot bila mengeras tu. mesti beliau akan kata, uihhhhh...... kerasnye! tulang dia la ni kan??  hahaha... aku bukan ape, suka nak en.sOmi yang pegang, urut-urut, gosok-gosok bila baby mengeras sebab bila tangan en.sOmi yang buat semua tu... memang cepat je dia 'lembut' balik.. ce kalau aku... banyak btol tindak balas dia... aku gosok-gosok tu memang la dia akan lembut balik cuma lambat... kalau en.sOmi buat sekali dah lembut, dengan aku mesti aku kena banyak kali... kejap kang kanan, kejap kang kiri, pastu ketengah pulak.. sampai aku dah pelik-pelik tergelak-gelak dengan 'perangai' dia, pastu zikir-zikir sikit  baru la ok... saje tau nak manja lebih... hahaha!

alhamdulillah, dah tak rasa dah yang memulas-mulas nak terberak macam ritu... cuma ke aktif an tu memang bertambah la... sampai ada ketika aku macam..... hurrmmmm cepat la tiba hari..... rasa macam..... errrrr lama gak aku peknen ni.... hahahhahahaha.... mental lemah betol aku ni... orang lain peknen elok je... hahaha!

ada gak kadang-kadang rasa macam nak cuti awal je... tapi kang bila dok umah aku rasa lagi la lemau. baik keje je. paling tak larat pun, boleh gi rehat kat surau. pastu apape jadi, boleh sok sek sok sek ngan orang sekeliling.. kalau dok umah, aku nak sok sek ngan saper?? nak wat keje umah pun bukan larat sangat dah... sah-sah la asyik membuteeeee je kalau dok umah.. huahahahahaha...

oyye.. citer pasal jantina ni.... setakat ni dah 2 kali scan, doktor kata..... macam gugurl... pink kata ko....
tapiiiii...... daripada test-test yang aku dah buat sendiri (mengikut kata/kepercayaa orang sana, orang sini)... hasilnyer adalah meng kelakar kan... hahahhahaha.... memang kelakar gilerrr.... !!!
so, kekdahnyer... semua itu tidak boleh dipercayai yerrrrr..... kalau ada sesape yang buat tu dan ia menjadi.. tu semua adalah kebetulan semata-mata... hahaha!

** ada sesape yang percaya lenggang perot untuk tau jantina tak? huhu..





** ohhyeee (lagi) TAHNIAH kat kawan politeknik aku, ATIE.... dah selamat bersalin dah dalam 2 minggu lepas tak silap aku.. dapat baby boy... nama aku dah luper.. (eh, ke aku taktau?? haha!)  dulu wedding aku hubby dia yang jadi photographer.. tahniah yer korang, ATIE & SHAHRIM !!

lagi sorang, kawan MUC aku... AUNI AHMAD yang baru bersalin ahad lepas.. baby boy jugak..... nama baby adalah sedap! Muhd Umar Thaqif... uihhh... nama Umar tu aku memang reserve untuk nama anak aku yang seterusnya.. (tak hagak2 dah ada nama anak seterusnya.. haha!) tapi Auni dah amik dulu... hurrmmm takpe, memang dah lame set tu nama anak yang seterusnya (Insyaallah)...

nama anak sekarang?? dah ada dah... untuk gugurl ada.. untuk boboy pun ada... kita tunggu sape yang kuar yer... hihihi.... *tetiba rasa tak sabo*   ^_^

ehhhh ada lagi sorang... si BALKISH... kawan MUC jugak. tapi dia dah lama bersalin la... dah abes pantang pun... cuma still dalam cuti 90 hari... balkish dapat baby boy jugakkkk.... Muhd Irsyad Iddin... huihhhh.... semua nama dasyat-dasyat dan semua adalah LELAKI. tiga-tiga orang adalah sebaya aku dan tiga-tiga dapat anak LELAKI. diulangi, LELAKI yerpppp.... huahahahhaahhaa.... cemane??

yang pasti, nama bakal anak kitorang nanti adalah seketul je. eh tak... dua ketul termasuk nama Muhammad / Nur... so, agak-agak sape yang kuar ek?? Muhammad ****   ke Nur *******  ???  muahahahhahaha......








# sekian entry yang awalnyer citer pasal peknen dan akhirnya citer pasal nama anak. ampun. #


.
.

15 June 2011

saya masih di sini



35 weeks pregnancy. 35 days to go . . .

ecewahhh... nak gak tulis ayat atas ni kan... padahal ikutkan hari ni dah 35 weeks pregnancy. 33 days to go. tapi nombor 35 kat atas tu adalah best, so tak kira. nak tulis jugerrr.. haha!

ok. sebenarnye dari hari senin lagi aku tengah siapkan entry pasal dinner office aku jumaat lepas. tapi asyik la tertangguh, masuk draf sajerr.. minggu ni bz sket sebab aku kena cover ramai orang. ramai yang kat office ni gi kursus. huhu . . . tapi harini bos adalah tiada setengahari. so, dapatlah aku curi masa jap nak membebel kat sini...  ^_^

setori yang paling latest adalah . . . semalam perot aku kerap mengeras dan seperti memulas-mulas. tangkap pinggang sampai paha ohhhh... daripada malam sebelumnya lagi aku dah macam tu... jenuh dah aku mengurut, mengusap, tolak-tolak manja perot ni kasik baby dok betol-betol. tido tu dapat tido gak, tapi asyik-asyiklah terjaga sebab baby tak berhenti excercise kat dalam ni. huhaaiiii . . . bangun pagi memang tak cukup tido la kan . . . tapi aku memang dah ajar diri sendiri dari awal-awal peknen lagi, macamana pun kena gak bangun pagi walaupun ko kena gelak ngan siput sebab lembab giler nak buat satu satu pergerakan tu.. haha! nak-nak lagi, hari selasa adalah meeting dan laporan belum siap. so, aku gunakan benda tu untuk paksa diri untuk bangunnnn jugak siap-siap gi kerja.

Alhamdulillah, aku masih mampu gi kerja.  Dan seperti yang dijangka, kat ofis aku memang tak senang duduk. mungkin boleh gak nak samakan aku macam orang kata 'gelisah macam kucing nak beranak'. huhuhuhu.... aku rasa memang kena kot perumpamaan tu kat aku. sebab semalam walapun aku tak banyak bergerak (dok kat kusi ngadap komputer je siapkan laporan), tapi aku sangatlah tak senang duduk. jap kang dok senget kanan, jap kang dok senget kiri, jap kang tersandar, jap lagi kang bangun menapak macam king kong. dah bangun nak berjalan, ngilu pulak... akak-akak ni pun gelisah tengok aku. huahahahaha....

Aku cuba bertahan, sekurang-kurangnya sampai laporan siap and meeting jalan kul 2.30 ptg tu.. so, bila semua dah masuk meeting, aku pulak masuk surau. baring rehat. lega la sikit. aku bukan apa, kalau part mengeras ke, bergerak aktif ke, ok lagi. cuma kali ni memang tangkap giler kat pinggang ngan paha. pastu pulak memulas-mulas. macam nak terberak pun ada. ngilu lagi. huihhhh..... macam-macam la jadi semalam. tapi tanda takde kuar apape lagi. dan lagipun aku baru 35 minggu. kalau dah masuk 36 minggu tu mungkin lah aku takyah pikir panjang, gi je spital cek kan. tapi ni aku antara dua je... tak tau nak buat apa... so aku pun tanya-tanya la akak kat opis ni... kak ayum kata, tu normal. kira memang tu step untuk baby cari jalan untuk kuar nanti. kak farah pulak cakap, gi je spital. mintak doktor cek. mane tau apape jadi kat dalam ni sebab baby terlebih gerak pun tak bagos gak. takot terbelit. huiihhhhhh...... mane aku nak ikot ni kannnn....

so, takpe.. rileks... sebab blum kuar tanda lagi kan... aku bajet, balik umah dulu. mandi bersih-bersih, wangi-wangi, kang kalau kat umah kalau sakit lagi baru ajak en.sOmi gi spital cek.  barang semua dah siap ready dalam keta dah. memang kalau emergency pun, just bawak je beg tu. complete. tapi pulOkkkkk nak jadi citer, petang sebelum balik keje en.sOmi call ajak gi tengok kawan dia masuk PPUKM sebab kena heart attact. aku pun ok je. (walaupun dalam hati, alamaakkk blum mandi!).

on the way gi PPUKM tu baru la aku gtau en.sOmi yang aku memang ada niat nak ajak gi cek kat spital sebab seharian gelisah macam kucing nak beranak ni kan... huhu... seb bek en.sOmi tak marah. eh, tak. ada macam nak marah gak sket tapi aku wat dunno. rileks macam takde aku ok boleh tahan lagi... ngeh.ngeh.ngeh.... padahaaalllllll....  =_='

sampai spital, gi tengok kawan en.sOmi dulu sebab nak tengok pesakit kan ada waktu melawat. aku ni takpe, kalau emergency sangat diorang terima je... so, aku maintain lagi. cool.... gi tengok kawan en.sOmi dulu. lagipun tak jauh, aku dah perati dah... bangunan sebelah menyebelah je. kira sempat la kalau tetiba sakit giler tu nak jalan gi O&G tu... hahahahha... dasyat tak persediaan mental aku?? padahal, mental yang satu lagi tuuu.... macam-macam dah pikir... alamak, kalau aku terberanak arini nanti aku kena buat list keje yang blum siap.. pastu hal documentation beli umah lagi (yang ni nanti aku citer perihal yang aku anggap rezeki anak ni yer).. pastu kang benda-benda mengejut ni, en.sOmi ok ke? (tak hagak-hagak pikir pasal en.sOmi, ntah-ntah aku sendiri yang gelabah lebih) muahahahaha....

dah sampai O&G, bagi buku rekod, isi borang semua, misi suruh wat urine test. hadooiiiiii..... tu la part yang paling aku maalaaasssssss sekali time peknen ni tau.. sket-sket urine test. sket-sket urine test. grrrrr..... ok, takpe... walaupun blur ape tujuan dia nak wat urine test tu, aku tetap gak buat. prosedur kan... ikut je la, lagipun misi tu baik je layan aku, takkan aku nak ngade-ngade pulOkkk... dah siap tu, misi kata letak sample dalam bilik pemeriksaan 2. kat dalam tu ada banyak katil. boleh pulak katil pertama yang dekat ngan pintu tu ada kesan air ketuban... adoi laaaaa..... dah la tengah blur ni.. nampak plak air ketuban... tapi dalam pada blur tu aku boleh cool lagi...(ceh, puji diri sendiri) aku macam, ohhhhh ni rupanya air ketuban... air banyakkkkk, macam lendir-lendir sket pastu ada kesan-kesan darah sikit... (eh, tetiba meremang pulak time citer ni..huhu..) pastu misi suruh aku baring. misi pasangkan alat untuk dengar jantung baby ngan untuk kesan contraction. mesin tu sebelah aku. fuhh... kuat btol sound mesin tu. dup dap dup dap. laju plak tu. tak lama lepas tu doktor plak datang, doktor kata nak cek bukaan. aku terus macam haaaaa??????? aku bajet datang sini nak cek gitu-gitu je.. nak tau nape kerap sangat mengeras pastu ngilu-ngilu tu... aku memang bajet dia scan la, nak tau ape keadaan kat dalam ni kan.. sekali kauuuu, sampai nak cek bukaan terus! huaaaaaaaaa..... terus nyesal gilerr datang sini !!! sob. sob. sob. apakan daya, relakan aje la... tapi kan, doktor tu adalah sangat pro. sekejapan je proses dia. walaupun aku pelik-pelik time dia nak masukkan alat untuk cek bukaan tu kan... tetiba je doktor kata, ok dear.. blum bukak lagi. *senyum* aku yang tak tau apape ni memang senyum balik je la.. dah redha katakan.... huhuhuhu....

lepas tu misi ngan doktor tinggalkan aku.  terkapai-kapai la dalam blur aku sensorang kat dalam tu... takkan nak tunggu sampai bukak 10cm kot.. oiihhhhhhh.... aku tak rasa akan bukak dalam masa terdekat ni... sekali lagi aku nyesal gilerrrr datang sini.. huaaaaaaaaaaaa.............. T___T .  (tapi sebenarnye ade baiknyer jugak..huahaha..) so, aku pun tanya misi, nak tunggu sampai bila? misi kata sampai bacaan jantung baby ok.. eh? bunyi yang aku dengar ni maksudnya tak ok ke?? hurrmmm... bila macam tu, aku pun risau gak.. ok la... baby punyer pasal aku redha lagi... pastu misi pesan, jangan minum apape air lagi tau... nanti baby lemas... aku macam, errr... diorang ni dah bajet aku nak beranak dah ke??? (terus bercabang-cabang otak aku nak pikir, ingat balik ape benda kena buat kalau betol dah sampai masa)   huhuhu... dah la takleh bergerak... dok terbaring statik je atas katil tu.. tambah lagi akak sebelah kiri katil aku ni dah sampai hari kot... sebab jap jap karang dengar dia tarik hembus nafas fuhhh... fuhhh... bila misi datang lagi la kuat fuhhhh... fuhhh... dia.... errrr..... akak ni bikin makcik nebes je tauuu.... doktor ngan misi plak banyak tumpu ngan akak tu... rupa-rupanya dia dah bukak 3cm dan dah get ready nak dihantar ke labour room... time tu aku doa, jangan la lepas ni doktor cek bukaan aku balik pastu tiba-tiba doktor cakap.. ok, u dah bukak 3cm.. dah boleh naik labour room... ohhh noooooo!!!! nehi. nehi. aku nak kuar... saya blum time lagi... saya ni baru 35 minggu.. kot ye pun minggu depan la doktor.... (huahahahha.... giler aku nak tahan budak nak kuar).

walau bagaimanapunnngggg..... tak lama lepas tu, doktor tutup mesin. doktor tu bagus la... senyuuummmm je.... coollllll jerr.... rilekssss je.... aku yang blur ni pun macam pasrah je ngan doktor... memang berkaliber la doktor ni... cayalah!!!!!   =)    so, bila dah tutup tu.. doktor kata, ok... jantung baby ok.. contraction memang ada (rujuk carta yang kuar daripada mesin tu) tapi ni sekejap je.. so, i bagi u pilihan... nak masuk wad or balik rumah dulu...?  laju-laju aku cakap nak balik umah. hahaha! doktor kata.. ok lah... u boleh balik tapi if apa-apa cepat-cepat datang yer... *senyum* . 

sebelum kuar aku sempat tanya-tanya doktor...

aku : doktor, macamana saya nak tau contraction yang sebenar?
doktor : ermm... bila u rasa baby mengeras kuat sangat dan kerap
aku : ni saya dah rasa dah kuat sangat dah dia mengeras ni.. dia ada yang lagi kuat ke?
doktor : ye la.. selalu baby akan mengeras dalam tempoh 5 saat, tapi nanti tempoh mengeras tu akan jadi lebih lama... macam 20 saat macam tu... lepas tu dia lagi sakiiiitttttt........ macam sekarang ni u memang ada contraction tu (contraction = baby mengeras) tapi sekejap. yang tu normal. lepas ni dia akan jadi lebih lama tempoh contraction tu...
aku :  ohhhh.... macam tu... abes ni kenapa saya selalu rasa keras kat belah sini je? (aku tunjuk perot bahagian atas, belah kanan)
doktor : tu normal.. baby tendang-tendang la tu.. ke dia gerak-gerak ke...
aku : yang kat pusat ni rasa ngilu-ngilu tu kenapa pulak? (lantak kau akhirnya semua yang terbuku selama ni aku dapat gak tanya...  ^_^)
doktor : tu maknanya rahim u nak membuka (senang citer.. untuk setting untuk proses kelahiran)
aku : ohhh... macam tu... kira normal la ehhh... saya ni tak tau... tapi sebab dari semalam tak berhenti mengeras semua tu.. tu yang saya datang...
doktor  :  *senyum*  takpe..... u boleh datang bila-bila masa... takde masalah...
aku : thanks doktor...   ^_^

pehtu aku pun kuar la gi kaunter amik kad.. mau pulang sudahhh.... misi kata tadi urine test aku ada kencing kotor... so, kena gi amik antibiotik. sempat lagi aku tanya misi tu....

aku  :  misi, agak-agak kan.. macam saya ni bape lame lagi ehhh?
misi  :  *gelakkan aku* hahahha.. jangan risau... dia mesti keluar punye...
aku  :  *gelak jugak, bajet lawak*  bukan ape, kalau tau, boleh saya prepare.. (ye la kann... aku dah kena macam ni - contraction, sakit memulas-mulas.. tapi rupa-rupanya tu normal. kang dibuat lepas ni jadi lagi, aku wat dunno je sebab ingat normal gakk.. padahalllll....!!!)
misi  :  *nada serius sket*  ok, lepas ni kalau tanda macam lendir + darah sikit... takpun dah turun air atau turun darah tu dengan contraction sekali... awak terus datang sini... tapi kalau ada keluar stain tapi takde contraction yang kuat tu.. takde ape lagi.. tu normal... *senyum*

oohhh.... ok. puas hati.

jadi kawan-kawan sekalian, aku share ni sebab aku tau kawan-kawan aku ni pun macam aku gak.. belum ada pengalaman... so, bila keadaan macam aku tadi tu... langkah selamat, gi je la cek kat spital sana.. sebabnye kita tak tau ape terjadi di dalam kan... sekurang-kurangnya bila doktor bagi penerangan, boleh add confidence kita....  ^_^

harini baby adalah baik. masih aktif excercise tapi tak la sekuat semalam. sampai lembik-lembik aku menahan sakit pinggang ngan paha. huhuhu....

ohhh.... tima kasih to en.sOmi sebab tolong urut kaki ngan belakang saya semalam ye... bangun pagi ni lega la sikit... tak selemah semalam....  ^_^



.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...