22 June 2011

36 WEEKS | kadang-kadang

Assalamualaikum . . .  ^_^

Minggu ni aku banyak masa untuk update belog kannnn . . .  hahaha! satu sebab aku banyak masa - bos adalah tiada di pejabat kerana beliau MC sehingga Jumaat ni setelah menjalani pembedahan kecil akibat bisul di vontot. huhuhu . . . cian bos aiii . . .  tapi takpe . . . Allah saje nak bagi rehat la tu . . . asyik kejeeeeeeee je . . . sampai nak cuti pun susah. Ni dah takyah mintak cuti pun tapi dapat cuti free lagik . .  =D

Keduanya sebab sekarang aku dah ada cikGreen. so, dimana saja aku update belog. wiiiiiiiiiii ~

Ketiganya pulok adalah sebab minggu lepas macam macam ada . . . jumaat - ahad - aktiviti penuh! so, memang otak aku ni secara automatiknya la kan akan berfikir hari hari cara nak curi masa nak update belog. haha!

Keempat - minggu ni kandungan aku adalah 36 minggu. tadi bila tengok sticker yang aku tepek kat main blog tu . . . dia tulis, 26 days to go. jap aku kasik large. 26 days to go!!! tak sampai sebulan kottttt . . . huhaaaiiii . . . ape perasaan aku ek? hurrrmmm . . . takut ade gak sikit sikit . . . tapi kadang kadang ada gak hati tu berkata kata . . . cepatlah tiba masa . . . . . .  . cepatlah budak ni kuar . . . sebab kadang kadang aku rasa tak tahan lah bila baby aktif sangat . . . aku tau, tu jadi macam tu sebab baby dah besar & ruang rahim dah sikit untuk baby bergerak. sebab tu kita rasa macam tu. so, aku cuba sabarkan hati . . . think positive & mesti bertahan for my own baby. own blood. own generation. 

** walaupun malam-malam aku sekarang adalah tik tik tik air keluar ikut mata. ohhhh . . . memang baby terlalu kuat bergerak sekarang. ye, aku tau tu normal proses untuk baby cari jalan keluar nanti . . tapi apakan daya, ada tahap aku angkat bendera putih gak . . .    =_='  **

Kadang kadang aku rasa macam tak lama lagi dah aku nak bersalin ni . . . terutama bila time dia mengeras bergolek golek tak hengat dunia punye dalam perot ni. rasa tegang je perot. pastu macam menolak nolak ke atas (dada). ko urut la cemane pun, dia tetaaaappppp mengeras gedeguk gedegak jap kanan jap tengah pastu diakhirkan dengan ngiluuuuuu kat pusat kebawah. rasa ngilu kat pusat tu bila aku pegang pusat tu memang rasa terbonjol je pusat tu keluar. bila dah benti 'aktiviti' semua, baru la macam biasa balik. haiiii anak...... huhu..

Ada gak aku rasa kadang kadang rasa macam lambatnye lagi nak tunggu hari . . . bila time takde 'aktiviti' tu, aku siap boleh lari lagi nak kejar lif. tiba tiba macam lupe pulak yang aku peknen, takleh lari laju laju.  haha! hurrmmm . . . macam macam kan yang aku pikir ?? tapi kadang kadang rasa sayang pulak. sebabnye nanti dah takde 'tukang urut dalam perut'. hahahhahahaha . . . .

Macam-macam kan aku ni?? sebab tu la walaupun dah 36 minggu ni, aku still keje macam biasa. cuma pergerakan aku je la terbatas sikit. kalau difikirkan larat ke tidak . . . memanglah aku tak larat . tapi paksakan diri je la. seboleh-bolehnye try ignore part larat ke tak larat tu. buat je ape nak buat selagi tak memudaratkan diri sendiri & baby.

Ohhh yerr  . . . nak masuk 2 minggu dah sendi kat jari jemari tangan aku akan jadi keras bila bangun tido. dua dua tangan. kiri kanan. keras yang tak boleh nak bengkok tu. so, bangun tido je aku kena pelan pelan kepak jari dengan bengkokkan tempat sendi kat bantal. tolak pelan pelan sampai jari boleh membengkok macam nak genggam tu. amik masa bih kurang 5 minit gak la... pastu dah bangun nak berdiri pun kena ada step. turunkan kaki dari katil, rest jap dalam bape saat.. baru boleh bangun. sebab tapak kaki tak kuat nak memijak. aku rasa aku jadi macam tu sebab kurang kalsium kot. dah akhir-akhir ni kan . . . dulu awal-awal takde pun macam ni. huhu . . .

Gitulah simptom simptom akhir-akhir kandungan aku yang pertama ni . . . leher ngan ketiak tu jangan ditanya la . . . memang berkeraaaaaakkkkkk tak hengat !! tak sanggup aku tengok cermin. aku tengok cermin untuk tengok muka ngan perot je. sebab tinggal tu je yang comel. yang lain tuuuuu . . . abaikan! hahahaha . . .


** doakan segalanya selamat dan berlajan lancar ye **
^_^


.

1 comment:

  1. fuiyooo.. panjangnya citer.. kasi pendek2 laa sikit... hehehehe
    Gambar Anak Happy

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...