12 November 2010

sape yang bancuh air garam dalam ni??

kawan-kawan...
walaupun tajuk begini tapi ia tetap berkaitan family gath ye.
kali ni aku janji ni entri last.


confident je last part. hahahhahahhahahaha....
korang ngadap je la ye....
korang kan setia....
sebab tu aku tibe2 rase nak cakap kat korang...
I LOVE YOU ALL VERY STRONG LA!!!


^_^




gambar cari mood :
mempelam atau bahasa kamusnya ialah mangga. (hiyaaakkk...dush!)
pelam ni diimport drpd INSTUN 
(maksud INSTUN aku tak pasti. yang aku pasti tu tempat keje ahkak ipar aku yang bernama ruziah atau nama glamer beliau ialah kak long)
hahahhahahhahaha . . . glamer tau kak long dalam ini cerita.
memandangkan beliau orang kuat family gath ni, haruslah beliau glamer kan.  
i love u kak long. eh, kasi up la.. we love you kak long... lepas ni kita buat lagi ye... kali ni kita plan betul2.. tak dapat padang sekolah, padang instun pun hokey ape.... hahahhahahahha...

ok. ok. kembali kepada gambar cari mood. 
pelam tu adalah hidangan sabtu malam sebelum hidangan utama iaitu nasi lemak siap dimasak.  tukang masaknye tak lain tak bukan, k.nyah la kan... hiiiiii.... terbaik wok! nasi lemak k.nyah. (kena cakap macamni supaya lepas ni beliau rajen memasak untuk aku lagi.) hahahhahahhahaha.... dush! dush!

gambo nasi lemak takde sebab aku kebulur. terus makan tanpa ingat nak snap apape pun. lagipun sebenarnye malam tu aku & en.sOmi dah siap nak balik. sobbsss.... sedih tau!!! program belum abes tapi dah kena balik.
(anak menatu cucu cicit esah & zaimah yang lain balik hari ahad)


ditambah lagi ade lagi 1 game malam tu yang bermaksud aku & en.sOmi tak dapat join.  walaupun begitu, atas sifat ke mithali an aku sebagai isteri, aku balik jugak ikut en.sOmi yang kena kerja hari ahad tu. (sila bertenang bila bace kenyataan tadi. sekian) 


so, lepas makan je kami teruss salam2. muah2. kiss2. hug2. dgn semua anak menantu cucu cicit esah & zaimah dengan haku yang rase beratttt sangat nak balik. sobbbsss... sedih wei time tu.... tapi sekali lagi di atas ke mithali an yang semulajadi dalam diri aku, aku balik jugak la memandangkan aku chenta en.sOmi aku. hakksss.... (sila bertabah membaca).

siaran ulangkaji :
hari adalah sabtu. 
aktiviti pagi adalah bola tampo, kiss2, belon air & tepung gomak. huihhh... 3 game orang dewasa, 1 je game budak2... hurmmpp... patut la ade sore (tak ingat zurin atau apan) ckp...asyik menan orang besoo je... untuk budak2 sikitttt jeee....

hahahhahahhahah..... kanak2 memang sangat tulus hatinya.
ok. tadi cerita di malam hari. mari kita berpatah balik ke cerita ke petang hari.


sepatutnye aktiviti petang ialah men game 'guest a word' di tepi pantai.


ada cerita disebalik pantai ni. mula2 sebelum masing2 bergerak ke pantai, aku dah kasi kompom pantai mana yang nak pegi. satu, pantai terdekat iaitu pantai pengkalan balak atau pantai yang luas sikit pantai tanjung bidara yang mana 6 km daripada rumah. so time tu, yang kompomnye (dalam pengetahuan aku) ialah pantai pengkalan balak.


so, kepergian lah kami ke situ. bila dah sampai sana, rupa2 yang lain2 ke pantai tanjung bidara yang bermaksud kami kena patah balik. tapi dalam pada keperluan untuk berpatah balik tu, kami tetap turun ke pantai jugak sekejap (sementara nak dapat kepastian lokasi sebenar). sekejapan je si apan (anak abg en.sOmi) bergolek-golek atas pasir pantai tu. nak turun laut kami tak bagi sebab air pasang.


lepas tu, si zurin (adik apan) pulak macam tak puas hati tak dapat main laut, so dia keluarkan statement ni dengan nada tak puas hati... 'dulu kita datang kat sini air tak banyak pun, kenapa sekarang banyak? sape yang bubuh air dalam tu?' aku macam... errr..... nak jawab ape weiii?? aku teruss ulang soklan zurin kat semua yang ada dengan harapan diorang akan tolong jawab bagi pihak aku. semua yang dewasa senyap je. tetiba apan jawab. "angin yang tolak la...." moral of the story, hanya kanak2 yang boleh jawab soklan kanak2. faham? hahhahhahahhahaha...


kemudian kepergian lah kami ke pantai tanjung bidara. sampai2 je diorang semua dah tunggu nak amik gambo ahli rombongan yang hadoo...


klik sana klik sini. ada la dalam 3 4 camera yang terlibat. hahahhaha.
lepas abes klik2 je, terusss masing2 cari port pantai hujung sekali untuk bermandi manda dan bercanda ria. masing2 tak nak rugi masa walaupun 30 saat. sampai je, letak barang terusss gedebusshh masuk laut. termasuk lah en.sOmi. aku malas nak join sebab nanti kena basah2, pasir2. aku dok layan angin tepi pantai sambil pegang kamera je... dan aku sukeeeee amik gambo pantai.. huhuhu...




game 'guest a word' adalah dibatalkan atas sebab ke tidak hadiran cik puan penganjur. semua orang tak kisah pun ke tidak hadiran beliau sebab takde game bersamaan dapat mandi laut. hahahahhahaha....


cerita berkaitan laut (juga berkaitan si zurin) :
zurin ni budak fomfuan yang berumur 6 tahun. budak kecik kan, jadi beliau hanya main pasir tepi pantai je walaupun abang2 beliau sudah lupa diri di dalam laut. hahaha. so, datanglah kak long yang baru datang ke teruja an nak mandi laut sambil menarik tangan si zurin ni... mula2 tu ok, tapi bila dah sampai tengah tetibe... waaaaaaaaaaaaaaaa.... ke menangisan zurin di dalam itu laut. umi zurin kat tepi pantai ni muka serius je. risau. yang aku ni tak tahan gelak. ye la, tadi bukan main excited nak mandi laut, dah masuk laut meraung plakk....tapi kak long kan... sure la dapat control si zurin tu...


dah balik umah, kak long pun bercerita kejadian di dalam laut tadi :


kak long : kenapa baby (zurin) nangis? tamau la nangis.
zurin : sobb..sobb..baby tak suka la. baby takut.
kak long : kenapa baby takut? mak long kan ada.
zurin : baby tak suka. kenapa air ni masin? baby lemas la. tak suka.
kak long : baby jangan la minum air tu...
zurin : baby tak suka la maklong...air ni masin. kenapa diorang bancuh air garam dalam ni??

sila fokus soklan terakhir beliau.
dan kak long jugak macam aku tadi. terkedu.
hahahhahaha.
tapi kak long kan ade pengalaman 3 orang anak, so dapat la kak long jawap soklan zurin tu. aku tak ingat dah ape jawapan kak long.

hadoiiii.... macam2 tau zurin ni. tu baru zurin, belum lagi budak2 yang lain. menggeleng je aku dengan diorang. tak kurang jugak aku test picthing aku kat sana. ade je benda diorang nak buat. selagi tak naik suara selagi tu diorang selamber je buat itu ini. hahahhaaha.

sekian sajalah kisah family gath mentua aku.
aku suka benda2 macam ni. enjoy.... semua jadi open minded je.
aku bersyukur sangat sebab dijodohkan dengan en.sOmi yang familynya sporting macam family aku jugak. mulut bising, tapi hati baik..... so takde la kejutan budaya sangat bila aku masuk family mentua aku ni. sebab tu bila en.sOmi kena keje hari sabtu tu, aku arahkan pujuk en.sOmi mintak adjust jugak bagi tak keje hari sabtu tu. (sebab tu beliau kena keje hari ahad. tukar orang) aku excited tau bila ahkak2 ifar haku war2 kan nak buat family gath ni. hahahaha...

I LOVE YOU ALL !!!
terima kasih sebab terima saya dalam family hassan & mariam
.
.
.


** sori gambo ade 1 je. yang lelain tak dapat upload. internet majuk sebab seminggu citer fasal family gath je. huhu... petang2 karang kalau dapat aku upload ye...
.
.

3 comments:

  1. fuiyooooo... panjangnyaaaaa.. penat gue baca..
    lawak kan bila budak tanya soklan camtu.. tapi diorang still nak tahu.. :)

    ehem ehemmm.. dah boleh bubuh "TAMAT" ke kat post family gath nih.. wakakakaaa

    ReplyDelete
  2. dah tamat dah...... kan ade ayat. sekian saje *bla bla bla* hikss.....

    ReplyDelete
  3. Nasib baik dah settle story nie.... jenuh mulut nak membaca....rasanya entry terpanjang nie... edisi cerpen terbaik laaa....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...