25 November 2010

buku merah punya cerita

sebelum ni aku ade bising2 nak wat buku merah kan? ho.ho. ape itu buku merah? buku merah ialah REKOD KESIHATAN IBU mengandung. buku ini hanya boleh didapati di klinik kesihatan atau klinik desa sahaja. =)  faham rakan-rakan? hik..hik..hik..

semangat aku pagi tu. dengan tak sarapan je terus gi sana. sampai sana, menggigil-gigil kelaparan. hahhahaha.. fadan muke haku. mula-mula amik nombor. pastu taktau nak gi mane, tengok belah kiri ada signboard tergantung tulis IBU DAN KANAK-KANAK. ok, lepas tu?? belasah je la tanye kat misi yang ado.. beliau kata, gi hujung sana ada misi tunggu kat situ. hokeh. dengan keyakinan dalam keraguan aku gi la sana. misi pun bagi la buku-buku yang perlu diisi. diulangi, buku-buku ok. bukan buku sahaja. maknanya lebih dari satu aku kena isi iaitu tiga semuanya. semuanya data-data peribadi aku dan en.sOmi. satu buku siap. dua buku siap. ade la dalam seploh minit gak nak siapkan menda tu... sampai yang ketiga, huihhhh menggigil weiii...lapoo....kruk krak kruk krak perot aku nyayi. lagu ape ntah. tak shedap! namun, disebabkan diwaktu pagi adalah waktu segar aku, maka berjaya jugaklah aku . . .

siap isi buku merah, jumpe balik misi tu. tunggu jap, misi tu plak yang isi itu ini. pastu masuk bilik amik darah utk hiv test. huuuiiiiiiiiihhhhhh..... amik darah? kalau setakat amik darah hujung jari tu dah namplohnam kali dah aku wat. tapi ni banyakkkk hokeyyyy . . . berkerut-kerut kening aku tengok bekas nak letak darah tu . . .

dalam bilik amik darah
tidaklah haku pandang beliau menjalankan tugas mencucuk lengan aku. aku pandang dinding jeeerrr... bukan takut cuma seraammmsss . . .

tengok!!!! banyak tau darah aku dia amik !!!

lepas amik darah, hantar kat lab. kat lab dia soh wat urine test. pastu tunggu result. dah setel gi balik kaunter balik. tunggu misi panggil. misi panggil, gi timbang berat ngan ukur tinggi ngan amik BP. dah siap letak buku kat pintu bilik 14. pastu tunggu. pastu tunggu lagi dan lagi dan lagi. lame woooo..... orang ramaiiii.... perot lapo tak tau nak cakap cemane dah! sian kat en.sOmi la, tunggu sambil melihat drama orang sekeliling yang macam-macam ragam. aku tunggu. beliau pun tunggu. aku termenung. beliau pun termenung. aku tengok budak tu, beliau pun tengok budak tu. aku tengok dia, dia tengok aku. huuuuuuu..... kematu vontot aku..

hoh. akhirnya aku dipanggil jugak... kat dalam tu, aku jumpe misi dulu. dia tanya macam-macam & jugak nasihat macam-macam. misi tu pelik aku tak pernah muntah lagi. huhu... ye la, baru lagi kan... mane tau bulan depan baru start... huuuuiiihhhhhhhhsssshhhhhh..... tamo. tamo. tamo muntah-muntah. macam sekarang ni pun dah lembik dah aku. huuuuiihhhhhsss....

last sekali misi tu soh baring. beliau pegang-pegang porot aku. beliau kata, ketulan tu dah ada cuma kecik lagi. nak scan pun tak nampak lagi. cuma sekarang kena banyak berjaga. jangan wat kerja berat. banyak rehat, minum susu 3 kali sehari dengan ape ntah lagi satu. huhu... yang penting tadi misi tu kata, DAH ADA. tu je yang penting... yang lelain aku akan jaga sebaik mungkin... Insyaallah....



lepas jumpe misi sepatutnye jumpe dokto. tapi misi kata next appointment la.. kecik lagi, sekarang jage elok-elok bagi cepat besar je.. hihihi... ok. seterusnye gi kaunter balik untuk set appointment. letak buku kat kaunter dan tunggu. hoh. tunggu lagi.... dan aku mintak tolong en.sOmi amikkan Obat. tu pun kena tunggu gak... hohoiiii....  jam dah dekat kul doblas. dari pagi cuma minum air mineral ngan beberapa cubit kek. huhu... nak nasik. nak nasik.

=_='

inilah buku merah yang dimaksudkan.
lepas ni kompom aku mc je terus bila wat checkup ni. tak larat wooo... time ni tuan bOs tade boleh la masuk opis balik sebab tak banyak keje... kalau tidakkk.... mau fengsan jugak haku.. huhu... en.sOmi pun dah pesan, lepas ni beliau nak kena duty off time checkup ni.

haaaaa..... ni baru nak keluar sorang. macamane la mak aku dulu ek? pat kali mak kena lalui benda2 gini. huuiiiii. sayang mak. sayang mak. sayang mak.

^_^
.
.

 


1 comment:

  1. caiyok! caiyok!!
    akak iparmu baru bersalin..
    dirimu baru mengandung..
    kehadiran kegembiraan buat keluarga kita berterusan.. Ameeen...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...