16 November 2010

Mari Beraya . . .

Esok adalah Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. ok, sila guna semua raya itu kerana tidak salah. err.... ape haku shakap ni?? hahhahahaha... mahapkan shaye.

ok. ok. aku rase mesti ramai yang raye ni tak balik kampung kan? sebabnye raye sehari sahaja. TAK BEST OHHH..... (kecuali mereka yang mempunyai bos yang baik hati memberi mereka cuti..huhu.. jeles i...) sumpah aku ingat raye haji ni dua hari. tengok2 kalender. eh. eh. sehari jerrrr??? hurmm... tak pe la... janji rayo!

TAHUN NI RAYE HAJI AKU LEBIH BERMAKNA. sebab, Alhamduillah tahun ni ada rezeki lebih... tetibe en.sOmi ajak wat korban tahun ni. aku ni ok je.... so, kami dah cakap kat ayah. "ayah, tahun ni kitorang nak wat korban. kat masjid penjara tu boleh nak join lagi tak?" (sebab selalu orang nak wat korban ni sebulan sebelum dh order2 kan..) pastu ayah cakap, "berapa bahagian?" "dua" "ok. boleh...nanti ayah isi borang" yeay!! Alhamdulillah, impian dimakbulkan. bestnye bila cakap dengan ayah, sebab lepas cakap mestiiii semua setel... hanya tunggu hari je... haks haks haks... i lOve u la ayah !!!

berdebar jugak aku nak tunggu esok. aku ni jenis cepat kesian dengan haiwan. same la ngan adik aku si nana tu (sori i nk guna nama nana utk panggil u dalam blog i..tader nama glams disini ye..hahaha..) ok. citer pasal sembelih lembu balik. kitorang selalu dok jauh2 bila time sembelih tu.. ade sekali tu, nana tetibe berkobar2 nak tengok dekat2. aku, nehii..nehii... tamau sebab takott... tapi beliau mahu jugak! aku sebagai kakak penyayang ikutkan la jugak...huh! tapi belum lagi sembelih, baru takbir je.. air mata dah meleleh tak tertahan2... hahhahahha.... ntahapapentah. luar kental tapi dalam hati macam jeli...huhu....

len kali ikut macam aku.. awal2 lagi dah dok jauh2...takpun bila teringin sangat aku gi jugak dekat2 cuma time dia nak tarik pisau tu, aku nyorok2 belakang adik/mak/ayah aku. paling syahdu sekali bila sebelum sembelih tu kan ada takbir ramai2.. time huihhhh.... tak tertahan2 air mata ni tau. sensetip i !!!

tapi kan... orang kata kita tak leh kesian kat lembu yang disembelih tu sebab kalau kita kesian jugak nanti kita tak boleh makan daging dia... tu pesanan yang aku dengar daripada aku kecik lagi..huhu... so korang doakan aku cekal hati esok ye. huhuhu....  eh, aku nak set mind siap2 daripada sekarang la. Mardhiyyah, sila kuat esok ye! sila korbankan emosi anda untuk korban anda esok. (maapkan tatabahasa saya).

SELAMAT BERKORBAN !!!
.
.
.

2 comments:

  1. "orang kata kita tak leh kesian kat lembu yang disembelih tu sebab kalau kita kesian jugak nanti kita tak boleh makan daging dia..."

    -kan ayah ada cakap.. ada nas pasal ni tak?.. hehehe

    orang kata... :)

    ReplyDelete
  2. Yeap.... good point syam... mesej tu perlu kita sebarkan.... sebab rasanya ramai yang salahfaham kan.... ;-p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...