26 November 2010

dot dot dot

dot dot dot

harini aku sangat-sangatlah lemah.
pagi lagi dah tersandar.
=_='
ni je mampu aku update harini.
sebab
aku hanya baring. baring. baring.
baring kat meja untuk kumpul tenaga.
dapat tenaga sikit, barulah buat kerja.
lepas tu baring balik. kumpul tenaga balik.
so, ulang benda yang sama.
sampai sekarang. rase nak jolok je tekak ni.
kasi keluar semua isi. tapi takde pun ... hummm...

sekali lagi, aku berdoa moga en.sOmi memahami.
sebab? dirumah aku hanya mampu terbaring jerr...
hurrmm... saba ye en.sOmi, nanti saya dah kuat,
saya buat semua keje tu balik ye...
doakan saya kuat tau . . . huuuu . . .
.
.
.

25 November 2010

kentang goreng sambal

11.30am : melepek atas meja
12.00pm : bertahan
12.30pm : tak tahan dah. terus gi surau. kasi rehat kepala.
                 mesej-mesej en.sOmi
                 bla
                 bla
                 bla
                 abang nak kuar makan ni, ayang nak apape tak?
                 tanak. tak larat. nak tido.
                 ok. elok-elok ye...

tetibe . . .

1.03pm   : abang, nak makan kentang goreng sambal yang ade tempe tu...
                 nak beli kat mana? nasik nak?
                 kat kedai hujung belakang ni. nasik nak separuh.
1.33pm   : nasi ada kat luar tau
                 ok. tima kasih....
1.35pm   : amik nasik bawak masuk surau
                 sambung baring, kepala berat
1.40pm   : huihhh... tak tahannnn....
                 bangun terusss 'bismillahirrahmanirrahim . . '


lepas makan je, teruss segar. terus bangun solat. terus siap2 naik opis. terus senyum-senyum. hahhahahhaha....

* melepek = terbaring lesu
.
.

buku merah punya cerita

sebelum ni aku ade bising2 nak wat buku merah kan? ho.ho. ape itu buku merah? buku merah ialah REKOD KESIHATAN IBU mengandung. buku ini hanya boleh didapati di klinik kesihatan atau klinik desa sahaja. =)  faham rakan-rakan? hik..hik..hik..

semangat aku pagi tu. dengan tak sarapan je terus gi sana. sampai sana, menggigil-gigil kelaparan. hahhahaha.. fadan muke haku. mula-mula amik nombor. pastu taktau nak gi mane, tengok belah kiri ada signboard tergantung tulis IBU DAN KANAK-KANAK. ok, lepas tu?? belasah je la tanye kat misi yang ado.. beliau kata, gi hujung sana ada misi tunggu kat situ. hokeh. dengan keyakinan dalam keraguan aku gi la sana. misi pun bagi la buku-buku yang perlu diisi. diulangi, buku-buku ok. bukan buku sahaja. maknanya lebih dari satu aku kena isi iaitu tiga semuanya. semuanya data-data peribadi aku dan en.sOmi. satu buku siap. dua buku siap. ade la dalam seploh minit gak nak siapkan menda tu... sampai yang ketiga, huihhhh menggigil weiii...lapoo....kruk krak kruk krak perot aku nyayi. lagu ape ntah. tak shedap! namun, disebabkan diwaktu pagi adalah waktu segar aku, maka berjaya jugaklah aku . . .

siap isi buku merah, jumpe balik misi tu. tunggu jap, misi tu plak yang isi itu ini. pastu masuk bilik amik darah utk hiv test. huuuiiiiiiiiihhhhhh..... amik darah? kalau setakat amik darah hujung jari tu dah namplohnam kali dah aku wat. tapi ni banyakkkk hokeyyyy . . . berkerut-kerut kening aku tengok bekas nak letak darah tu . . .

dalam bilik amik darah
tidaklah haku pandang beliau menjalankan tugas mencucuk lengan aku. aku pandang dinding jeeerrr... bukan takut cuma seraammmsss . . .

tengok!!!! banyak tau darah aku dia amik !!!

lepas amik darah, hantar kat lab. kat lab dia soh wat urine test. pastu tunggu result. dah setel gi balik kaunter balik. tunggu misi panggil. misi panggil, gi timbang berat ngan ukur tinggi ngan amik BP. dah siap letak buku kat pintu bilik 14. pastu tunggu. pastu tunggu lagi dan lagi dan lagi. lame woooo..... orang ramaiiii.... perot lapo tak tau nak cakap cemane dah! sian kat en.sOmi la, tunggu sambil melihat drama orang sekeliling yang macam-macam ragam. aku tunggu. beliau pun tunggu. aku termenung. beliau pun termenung. aku tengok budak tu, beliau pun tengok budak tu. aku tengok dia, dia tengok aku. huuuuuuu..... kematu vontot aku..

hoh. akhirnya aku dipanggil jugak... kat dalam tu, aku jumpe misi dulu. dia tanya macam-macam & jugak nasihat macam-macam. misi tu pelik aku tak pernah muntah lagi. huhu... ye la, baru lagi kan... mane tau bulan depan baru start... huuuuiiihhhhhhhhsssshhhhhh..... tamo. tamo. tamo muntah-muntah. macam sekarang ni pun dah lembik dah aku. huuuuiihhhhhsss....

last sekali misi tu soh baring. beliau pegang-pegang porot aku. beliau kata, ketulan tu dah ada cuma kecik lagi. nak scan pun tak nampak lagi. cuma sekarang kena banyak berjaga. jangan wat kerja berat. banyak rehat, minum susu 3 kali sehari dengan ape ntah lagi satu. huhu... yang penting tadi misi tu kata, DAH ADA. tu je yang penting... yang lelain aku akan jaga sebaik mungkin... Insyaallah....



lepas jumpe misi sepatutnye jumpe dokto. tapi misi kata next appointment la.. kecik lagi, sekarang jage elok-elok bagi cepat besar je.. hihihi... ok. seterusnye gi kaunter balik untuk set appointment. letak buku kat kaunter dan tunggu. hoh. tunggu lagi.... dan aku mintak tolong en.sOmi amikkan Obat. tu pun kena tunggu gak... hohoiiii....  jam dah dekat kul doblas. dari pagi cuma minum air mineral ngan beberapa cubit kek. huhu... nak nasik. nak nasik.

=_='

inilah buku merah yang dimaksudkan.
lepas ni kompom aku mc je terus bila wat checkup ni. tak larat wooo... time ni tuan bOs tade boleh la masuk opis balik sebab tak banyak keje... kalau tidakkk.... mau fengsan jugak haku.. huhu... en.sOmi pun dah pesan, lepas ni beliau nak kena duty off time checkup ni.

haaaaa..... ni baru nak keluar sorang. macamane la mak aku dulu ek? pat kali mak kena lalui benda2 gini. huuiiiii. sayang mak. sayang mak. sayang mak.

^_^
.
.

 


24 November 2010

sambungan kekurang rajinan

semalam memang aku kurang rajin abes! huhuhuu... sebenarnye badan aku ni haa, lemah ya hamat. siang aku boleh bertahan lagi . . . tapi bila dah petang, memang dah sampai max dah. dah takleh watpe dah. macam tau2 je badan aku ni kan . . . time keje, badan kasi ok tapi bila balik keje, teruusssss . . . ohhh.. lembik! macam automatik set la pulak ko ni puan badan ye. macam petang semalam, jam 5 je aku dah toing toing dah kepala nieh. tapi, tahannn . . . rilex . . . jangan layan . . . macam2 aku cakap kat minda aku untuk bertahan. balik keje aku singgah giant jap beli gula susu untuk pantri opis. tu pun  jalan laju2. cepat setel. cepat masuk keta. cepat dapat duduk. yup! aku tak leh berdiri lame sekarang nieh. aku cepat letih. bila letih abes la, semua benda pun aku jadi tak larat. huurrmmpp . . . memang normal awal pregnent macam ni ek?

lagi pulak semalam lepas beli barang semua, kitorang singgah pasar malam. aku nak bihun sup. selalunye bila pasar malam ni, walaupun just nak beli bihun sup, aku akan kasi tawaf satu round, barulah balik umah. tapi kali ni . . . "abang, abang turun sorang ye, saya tunggu dalam keta je" sebab? kepala aku dah berat ya hamat. rase nak hantok2 je kat cermin keta tu. huuihhhh . . . tak leh nak bayang macamane dah. sampai umah je aku terusss mandi. sebab kalau tangguh2 mau sampai pagi aku tak mandi. terbaringggg je. lepas mandi, makan. lepas makan, solat maghrib. time tu memang aku nanges. tak tahan weiiii . . . lepas solat je aku tak tunggu dah, terus masuk bilik. tidoooo . . . ape yang jadi keliling pun aku tak tau. aku sedar2 gitu je bila terdengar bunyi or apape. lepas tu sambung tido balik sampaiiiiii la kul 4.19am tadi aku terjaga. en.sOmi pun terjaga. pastu beliau ingatkan aku solat isyak. aku pun laju je bangun. lepas solat, aku macam . . . errrrr . . . abang, lapo la . . . . huuuuuuuuuuu . . . macamane? aku pun bangun panaskan air, bancuh radix sorang2. korang tau . . . aku segar giler time ni hokey . . . . . sampai sekarang ni dah kul 6 lebih pun aku segar gak. cemane? pandai kan badan aku set? hahahhaha. takpe2 aku redha macam ni. cuma aku selalu doa en.sOmi tabah menghadapi isterinya yang lain daripada yang lain nieh. hahahha.

ok, pagi ni aku nak gi klinik kesihatan kajang nak buat buku merah. ada orang kata tunggu 3 bulan baru buat. tapi k.ita (akak opis aku yang jugak pregnent sama macam aku, beza 4 hari je.hahhaha.tidak. kami tidak merancang bersama yerr..) ok. k.ita kata dah boleh buat dah. dia pun pegi gak pagi ni. aku follow je la . . . sementara tuan bOs takde lagi minggu ni baik aku setelkan semua urusan aku kan . . .

hmm . . . ok, doakan keselamatan & kesejahteraan aku ye.  ^_^
.
.
.

23 November 2010

m.a.l.a.s

sepertimana status aku kat fesbuk. harini aku adalah sangat m.a.l.a.s !! hahahhaha . . . sungguh ramai yang marah aku bila cakap macamtu. semuanya kait dengan baby. hahhahahhahaha . . .  tapi betol la . . . . harini aku tanak wat apape melainkan men game. bleh? uuuuuiiiii . . . tapi aku men game yang menjana minda tau. kena pikir dengan peka baru bleh gi next level. haaaa . . . ok pe untuk minda baby . . . . hiksss . . . . ok.alasan munasabah. ngeee ~

ditambah dengan ketiadaan bos sehingga 01.12.2010 bersamaan dengan minggu depan, maka keadaan itu mungkin akan berlarutan. habeslah aku . hahahhahaha . . . holah. holah. esok aku nak gi klinik kesihatan kajang. nak buat buku merah. ho.ho.ho. nebes. bila ade buku merah kira mood pregnent bleh kasi up la. hahahhaha. ye ke? ke aku je yang terlebih feeling? ahhh . . . lantak la. yang penting haku nebes weii . . . padahal aku tanye akak2 tu nanti dia wat urine test biase jerr . . . ho.ho.ho.

baiklah. saya mau sambung men game. daaaa . . .  ^_^
.
.
.

22 November 2010

PEMBERITAHUAN KEGEMBIRAAN KESYUKURAN

dipagi yang sungguh tenang ini, macam biasa, aku sebagai pencHeNta gambar . . . marilah kita melihat gambar2 spesel ini . . .


aku beli ni dah lama . . .
nape aku beli yang jenis ni??


sebab hadiah pree ia ini . . . keh.. keh.. keh..

hokeh.. hokeh..
den nebes + malu nih!
tapi mesti mau kasi tau jugak nih . . .
hadoiiii  . . .
cemane nieh . . .

ho . . ho . . hoi . . .
nebes lagik!

hurrrmmpp . . . tarik napasss . . .
fuhhh . . . hembussss . . .

BAIKLAH.

sila lihat seterusnye . . .


 1st test @ 13.11.2010


 ada kefahaman disini?
ok. still blur line itu . .


 2nd test @ 15.11.2010


juga still blur.
tapi sebab time tu ade sikit kerisauan, so test ajerr . .


3rd test @ 19.11.2010


 Alhamdulillah . . .
dah terang dua2 . . .


 at Pusat Perubatan Bakti, Tg. Malim, Perak
@
20.11.2010



4rd test.
officially test result from doctor.


 Beliau la doktor itu. sangat best ohh doktor ini.
huhuhu.

mesti korang cakap2... helehhh.... ntahapapentah wat test sampai pat kali. hoh! takpe-takpe tiada kemarahan disitu. sebabnye kalau ikut hati aku nak je beli berpuluh-puluh tester tu untuk simpan kat umah. agak-agak risau je, pagi-pagi kasi test. hahahhaha... giloks!

sebenarnye aku bukan pe, aku ni masih dalam minda kurang percaya. 1st test aritu, dari pagi sampai petang aku ngadap mendalah tu. tapi bukan lah amik tester tu letak depan mata pehtu tengok tanpa kelip dari pagi sampai petang. huhuuu . . . cumanya tester tu aku biar je atas meja tu lepas tu wat keje macam biasa. bila petang tengok balik tester tu, eh. eh. eh. masih ade dua line??!! huiihhhh.... betol ke ni? tu yang buat lagi dan lagi. hahhahaha. at last, bila dah check dengan pn.doktor barulah kepercayaan aku up jadi 99%. heh heh heh. mane lagi 1% ? huuu... tu persediaan untuk sebarang kejadian. bukan mintak ye, cuma beringat.

ok. ok. nape minda aku lambat percaya? sebab bulan2 sebelum ni aku biasa lambat period & dah biasa dah test mengetest ni . . . tapi NON HADO . . . . .  negatip sesajooo . . . tu yang bila kali ni ade dua line tu aku rase macam nak testttttt jerrrr.... nak pastikan hari2 pun positip. boleh? mesti syarikat pregnency test suke kat aku dan nak jadikan aku duta diorang kan . . (ceh, macam ade je yang bace.pang!!)

hohoho . . . hokeh. sekian pemberitahuan saya. kawan-kawan doakan keselamatan saya ye . . .  =)
.
.
.
* sekarang ni usia kandungan ialah 6 minggu. =)

18 November 2010

SAYANG ILHAM

aku baru balik ni. sampai rumah je terusss.... ngadap komputer. 
huhu... excited wehh...

Alhamdulillah . . . tengahari tadi @ 18.11.2010 @ Pusat Perubatan & Bersalin UMRA, Shah Alam. anak shakiddo selamat dilahirkan . . . walaupun belum tepat pada masanya tapi baby selamat jugak dilahirkan secara operation. ^_^

bila dapat tau je baby dah lahir . . . huihhh . . . rase nak terbang jer terus dari tempat keje kat cheras ke shah alam nuunn... huhuhu....

bawah sekali nama akak ipar aku...
Shalina Binti Ismail  ^_^


 ni first time kak sha dapat tengok baby.
pandai betol baby tu tengok mummy dia. macam tau2 jer.. huhu..


 comel kan?? aku rase banyak ikut mummy..
rupe daddy blum lagi . . . huhu...


 dapat tengok sekejap je sebab baby still dalam kawalan nurse.
tapi korang perasan tak??
baby ni BOY hokeyy... tapi nurse kat situ pakaikan dia baju kaler PINK! tak paham haku. hadooiiii....


 dapat tengok lagi dari cermin tingkap . . .


sila lihat lagi . . . baju fink!
huhu . . . dok pahe le kawe.
tapi xpe la... yang penting bila time meraung.......
mak aiiihhhh . . . . 
satu bangunan bergegor. hahahha...


welcOme to the wOrld Muhammad Nizarul Ilham Bin Hisyamudin . . .
we lOve u sayang!!
.
.

ENTRI PANJANG SEMPENA
HARI RAYA AIDILADHA 1434H / 2010M



ni popia. snack di hari raya.

ni time sembahyang raya kat
masjid penjara kajang

khutbah sempena qurban.
"berkorbanlah kerana harta yang dikorban itu diberkati"
"dan sesungguhnya harta yang dikorban itu akan diganti dengan sesuatu yang lebih besar nilainya."
kata2 ni sangat2 lah memberi makna kat kami sOmi isteri.


hai semuaa . . . seperti yang dijanjikan, harini aku hapdet cerita2 hari raya aidil adha tahun ni. tahun ni aku dan en.sOmi beraya di rumah makayah aku di Kajang. so disebabkan kami anak beranak adalah ahli keluarga penjara kajang maka bersembahyanglah kami di masjid penjara kajang.  dan opkos lah majlis qurban kami sOmi isteri pun dibuat di masjid penjara kajang. i nebes tau! haha...

aku gi umah makayah pagi2 raya. disebabkan bangun pagi tu awal, jadi aku sempat la potong nasi impit dengan goreng popia dulu untuk sarapan pagi tu kononnye . . . siap2 semua dalam kul 7.30pagi kami sOmi isteri pun terus pecut ke kajang. sampai kajang tunggu shakiddo sampai dan terusss gi masjid. abg chaq takde sebab macam biase, keje. huh! marah betol aku tau! time raya ritu dah keje, raye ni pun keje. dah la bukan senang nak kumpul semua ahli klorga sekarang ni. time semua ada, time tu la beliau takda. huihh.. kegeraman aku tau! ok. mari sejukkan diri. ayah ngan en.sOmi bawak t-shirt dengan seluar siap2 sebab nanti dah takyah nak ulang alik salin baju pulak kan...

ikut jadual, majlis qurban ni start kul 9.30pagi. tapi sebab ramai yang berkenaan belum sampai lagi so aku pun kasi pusing kawasan tengok2, klik2 apape yang patut . . . =)


kapak yang disediakan oleh pihak pengurusan.
korang tau...... 2 kapak dah tercabut kepala dia time proses tulang temulang lembu2 tu.. hahahha..nak gelak pun ade, takut pun ade sebab takut kepala kapak tu melayang kena orang. huisshh... seram jerk.


kayu tempat pemotong daging. jugak disediakan oleh pihak pengurusan.


kayu api untuk masak bahagian qurban yang disedekahkan.
kayu2 ni jugak yang digunakan sebagai penahan lembu2 tu time sembelih.


lembu 1. bukan aku punye.


lembu 2. bukan aku punye jugak.


 
lembu2 seterusnye.
 jugak jugak bukan aku punye. hihi ...
mane dia lembu aku? hahha... jap gi aku tunjuk.
aku nak citer pasal pisau asah ni.


ni pisau asah ayah aku. ditempah khas 1 set untuk melapah sahaja.
maknanya pisau ni digunakan setahun sekali jerrrr...


dan untuk anak menantunya, ayah aku bagi pisau ni jer.. 
kaler ijau untuk en.sOmi & yang pink tu untuk shakiddo
time ayah bagi tu aku macam.. errrkkkk pakai pisau ni jer?? boleh ke??? pehtu en.sOmi kata boleh lerr... ni pisau baru. tajam. kat kampung beliau lagi la, guna pisau lipat je. huh?? berkerut kerut kening aku pikir kelogikan kenyataan tu. huihhh . . . oh akalku, sila terima dengan penuh kepercayaan. hahha...


ok. time ni ayah aku tengah tengok list nama. nak tau kami sOmi isteri lembu yang mana. check2 kami punye adalah lembu nombor dua . . .


ni ustaz rashid. salah sorang penyembelih haritu. otai ni . . .


aku ngan en.sOmi lepas bekpes lemang & rendang yang disediakan untuk orang2 yang ambil bahagian dalam qurban ni . . . en.sOmi tukar baju. haruslah kan sebab nak wat keje nanti. tapi aku tak sebab malas nak balik umah salin baju. lagipun aku bajet aku wat keje sikit2 je kot. aku tak leh nak wat keje lasak2 dah sekarang. huhu...
 ni la shakiddo.
shalina + kid @ abg ngah
diorang pun raya kajang. ye la, cuti sehari jer kan...
hujung minggu ni baru balik kampung.
aku pun macam tu... =)


yang baju ijau tu banduan pra bebas. maksudnye dalam tempoh 6 bulan kebawah, diorang akan dibebaskan. ok. faham kan. diorang ni la yang akan tolong wat kerja nanti. sebenarnye 2 dalam 1 sebab diorang semua pun amik bahagian dalam qurban ni. ada 14 orang semuanya. aku rase ke kaguman melampau bila tengok diorang semua ni amik bahagian tau. ye la, bagi aku diorang semua ni orang terpilih. sebab? aku pikir, diorang ni dok dalam penjara tu je kan. dah namanya masuk penjara, maka background diorang pun dah boleh kita jangka kan...tapi still ada kesedaran nak wat qurban. hmm... yang penting aku kagum la!


gambo ni saje aku tayang nak tunjuk betapa beginilah caranya nak tumbankan lembu. bukan senang tau. kena ada skill. jap gi aku tayang lagi . . .

ini tayangan percuma maksu nana.

gambo lembu lagi.
banyak tau lembu yang nak dikorbankan haritu.
ada 12 semuanya.
ni bukan lembu aku.

lembu banduan yang siap dilapah.

kasi close up sket.
lembu2 bahagian banduan yang disembelih dulu, lepas tu barulah yang orang awam punye. ish. ish. nebes i dah datang dah nih! hikksss . . .


ok. mari kasi tayang gambo2  terakhir lembu qurban aku.
giler punye ayat aku bagi. hahahhaha...

uihh.. beliau malu la. sorok muka.

yess.. tu dia.
kasi lagi sket.

tadaaa . . .
hhahahahaha . . . giloks jerr wat macam ni.
padahal ni la minit2 terakhir dia. huhu..
takpe. lembu yang dikorbankan ni pun dapat pahala tau!


gambo selingan.


 ok. mari mula beraksi . . .






sementara ayah gagah aku tumbangkan lembu, aku ngan en.sOmi dan orang2 lain yang amik bahagian kena bace niat dulu. lebih kurang la ayat dia . . . "ini korban sunatku pada tahun ni..." ape ntah lagi, aku tak ingat sebab bace teks yang dah siap tulis je . . .

sambung balik aksi tumbang lembu.





bukan senang hokey mau kasi tumbang lembu tu. tu yang bila dh dapat jatuhkan lembu tu kena cepat2 dok atas lembu takpun tutup mata dia dengan telinga dia untuk kasi lembu tu cooolll . . . kalau tidakkkk nanti lembu tu yang dah sedia resah gelisah tambah lagi ronta rontaan maka akan bersamaan dengan LEMBU TERLEPAS! gilokkss... ini terjadi hokey . . . dari hujung ke hujung lembu tu lari. aku dalam golongan orang yang nak tengok orang kejar lembu terlepas. nana punye pasal la tu!! tak pasal2 tetibe zassss lembu lari 100meter belakang aku. seb bek tanduk dia pendek. kalau tak........ naya wei!!!! (tapi bukan lembu aku la, lembu orang lain. lembu aku sungguh baik ye...)











SELESAI . . . 
(ngee . . .  sila lihat gambar ulang kali dan reka cerita sendiri mengikut logik akal.. haku dah malas nak taip lagi sebab tak sabar mau kasi publish sama korang..) hahhahahahahahaha . . .

.
.
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...