ENTRI PANJANG SEMPENA
HARI RAYA AIDILADHA 1434H / 2010M
ni popia. snack di hari raya.
ni time sembahyang raya kat
masjid penjara kajang
khutbah sempena qurban.
"berkorbanlah kerana harta yang dikorban itu diberkati"
"dan sesungguhnya harta yang dikorban itu akan diganti dengan sesuatu yang lebih besar nilainya."
kata2 ni sangat2 lah memberi makna kat kami sOmi isteri.
hai semuaa . . . seperti yang dijanjikan, harini aku hapdet cerita2 hari raya aidil adha tahun ni. tahun ni aku dan en.sOmi beraya di rumah makayah aku di Kajang. so disebabkan kami anak beranak adalah ahli keluarga penjara kajang maka bersembahyanglah kami di masjid penjara kajang. dan opkos lah majlis qurban kami sOmi isteri pun dibuat di masjid penjara kajang. i nebes tau! haha...
aku gi umah makayah pagi2 raya. disebabkan bangun pagi tu awal, jadi aku sempat la potong nasi impit dengan goreng popia dulu untuk sarapan pagi tu kononnye . . . siap2 semua dalam kul 7.30pagi kami sOmi isteri pun terus pecut ke kajang. sampai kajang tunggu
shakiddo sampai dan terusss gi masjid.
abg chaq takde sebab macam biase, keje. huh! marah betol aku tau! time raya ritu dah keje, raye ni pun keje. dah la bukan senang nak kumpul semua ahli klorga sekarang ni. time semua ada, time tu la beliau takda. huihh.. kegeraman aku tau! ok. mari sejukkan diri. ayah ngan en.sOmi bawak t-shirt dengan seluar siap2 sebab nanti dah takyah nak ulang alik salin baju pulak kan...
ikut jadual, majlis qurban ni start kul 9.30pagi. tapi sebab ramai yang berkenaan belum sampai lagi so aku pun kasi pusing kawasan tengok2, klik2 apape yang patut . . . =)
kapak yang disediakan oleh pihak pengurusan.
korang tau...... 2 kapak dah tercabut kepala dia time proses tulang temulang lembu2 tu.. hahahha..nak gelak pun ade, takut pun ade sebab takut kepala kapak tu melayang kena orang. huisshh... seram jerk.
kayu tempat pemotong daging. jugak disediakan oleh pihak pengurusan.
kayu api untuk masak bahagian qurban yang disedekahkan.
kayu2 ni jugak yang digunakan sebagai penahan lembu2 tu time sembelih.
lembu 1. bukan aku punye.
lembu 2. bukan aku punye jugak.
lembu2 seterusnye.
jugak jugak bukan aku punye. hihi ...
mane dia lembu aku? hahha... jap gi aku tunjuk.
aku nak citer pasal pisau asah ni.
ni pisau asah ayah aku. ditempah khas 1 set untuk melapah sahaja.
maknanya pisau ni digunakan setahun sekali jerrrr...
dan untuk anak menantunya, ayah aku bagi pisau ni jer..
kaler ijau untuk en.sOmi & yang pink tu untuk shakiddo
time ayah bagi tu aku macam.. errrkkkk pakai pisau ni jer?? boleh ke??? pehtu en.sOmi kata boleh lerr... ni pisau baru. tajam. kat kampung beliau lagi la, guna pisau lipat je. huh?? berkerut kerut kening aku pikir kelogikan kenyataan tu. huihhh . . . oh akalku, sila terima dengan penuh kepercayaan. hahha...
ok. time ni ayah aku tengah tengok list nama. nak tau kami sOmi isteri lembu yang mana. check2 kami punye adalah lembu nombor dua . . .
ni ustaz rashid. salah sorang penyembelih haritu. otai ni . . .
aku ngan en.sOmi lepas bekpes lemang & rendang yang disediakan untuk orang2 yang ambil bahagian dalam qurban ni . . . en.sOmi tukar baju. haruslah kan sebab nak wat keje nanti. tapi aku tak sebab malas nak balik umah salin baju. lagipun aku bajet aku wat keje sikit2 je kot. aku tak leh nak wat keje lasak2 dah sekarang. huhu...
ni la
shakiddo.
shalina + kid @ abg ngah
diorang pun raya kajang. ye la, cuti sehari jer kan...
hujung minggu ni baru balik kampung.
aku pun macam tu... =)
yang baju ijau tu banduan pra bebas. maksudnye dalam tempoh 6 bulan kebawah, diorang akan dibebaskan. ok. faham kan. diorang ni la yang akan tolong wat kerja nanti. sebenarnye 2 dalam 1 sebab diorang semua pun amik bahagian dalam qurban ni. ada 14 orang semuanya. aku rase ke kaguman melampau bila tengok diorang semua ni amik bahagian tau. ye la, bagi aku diorang semua ni orang terpilih. sebab? aku pikir, diorang ni dok dalam penjara tu je kan. dah namanya masuk penjara, maka background diorang pun dah boleh kita jangka kan...tapi still ada kesedaran nak wat qurban. hmm... yang penting aku kagum la!
gambo ni saje aku tayang nak tunjuk betapa beginilah caranya nak tumbankan lembu. bukan senang tau. kena ada skill. jap gi aku tayang lagi . . .
ini tayangan percuma maksu
nana.
gambo lembu lagi.
banyak tau lembu yang nak dikorbankan haritu.
ada 12 semuanya.
ni bukan lembu aku.
lembu banduan yang siap dilapah.
kasi close up sket.
lembu2 bahagian banduan yang disembelih dulu, lepas tu barulah yang orang awam punye. ish. ish. nebes i dah datang dah nih! hikksss . . .
ok. mari kasi tayang gambo2 terakhir lembu qurban aku.
giler punye ayat aku bagi. hahahhaha...
uihh.. beliau malu la. sorok muka.
yess.. tu dia.
kasi lagi sket.
tadaaa . . .
hhahahahaha . . . giloks jerr wat macam ni.
padahal ni la minit2 terakhir dia. huhu..
takpe. lembu yang dikorbankan ni pun dapat pahala tau!
gambo selingan.
ok. mari mula beraksi . . .
sementara ayah gagah aku tumbangkan lembu, aku ngan en.sOmi dan orang2 lain yang amik bahagian kena bace niat dulu. lebih kurang la ayat dia . . . "ini korban sunatku pada tahun ni..." ape ntah lagi, aku tak ingat sebab bace teks yang dah siap tulis je . . .
sambung balik aksi tumbang lembu.
bukan senang hokey mau kasi tumbang lembu tu. tu yang bila dh dapat jatuhkan lembu tu kena cepat2 dok atas lembu takpun tutup mata dia dengan telinga dia untuk kasi lembu tu cooolll . . . kalau tidakkkk nanti lembu tu yang dah sedia resah gelisah tambah lagi ronta rontaan maka akan bersamaan dengan LEMBU TERLEPAS! gilokkss... ini terjadi hokey . . . dari hujung ke hujung lembu tu lari. aku dalam golongan orang yang nak tengok orang kejar lembu terlepas. nana punye pasal la tu!! tak pasal2 tetibe zassss lembu lari 100meter belakang aku. seb bek tanduk dia pendek. kalau tak........ naya wei!!!! (tapi bukan lembu aku la, lembu orang lain. lembu aku sungguh baik ye...)
SELESAI . . .
(ngee . . . sila lihat gambar ulang kali dan reka cerita sendiri mengikut logik akal.. haku dah malas nak taip lagi sebab tak sabar mau kasi publish sama korang..) hahhahahahahahaha . . .
.
.
.