28 December 2010

alahan setakat ini

wahh . . .  sekali ko bila dah boleh update, sampai 2 satu hari ye . . hahahaha . . .

saje je nak share ngan semua ape yang aku alami sepanjang sebulan lebih aku menyepi ni . . huhu . . .

  1. BADAN CEPAT LETIH (terutama waktu pagi ngan petang nak masuk malam)
  2. CEPAT LAPO (sekali lapo, tak nyempat-nyempat lagi dah. lambat sikit je terus perut berkeruk-keruk. bila dah macam tu, mula la . . . lemah 1 badan dan seterusnya angin naik kepala. rasa time tu . . fuh!! Allah je yang tahu.)
  3. SUHU BADAN TAK TENTU (bila malam je, mula la aku gelisah. panas 1 badan. nak mandi tak boleh pulak sebab kalau mandi mesti mengeletar 1 badan. bila dah mengeletar tu . . . sampai ke kepala la effect dia.. fuh!!)
  4. CEPAT RIMAS (baring tak kena, duduk tak kena. perut lapo, nak makan tak selera. minum air, keluar balik. last sekali, tahan je sampai letih pastu tertido sendiri.. fuhh!!)
  5. PENING SEPANJANG MASA (ni la yang paling aku lemahhhhh sekali. kalau sakit kepala, boleh urut, tapi pening ni macam takde ubat. urut la macamane pun kepala tu, lagi sakit ade la.. ade sekali tu, aku tak tahan sangat, aku mintak en.sOmi urut sepenuh tenaga dia. korang bayangkan la, tenaga lelaki macamane kan...... tapi tu pun aku mintak dia urut kuat lagi. huhu... sudahnya esok pagi kepala aku bengkak sana sini. hahhahahaa...)
  6. MUNTAH (biasa kot, bagi orang pregnent kan?? tapi bagi aku tu yang jadi cepat letih tu.. nak berjalan ke tandas tu, mak oiiii.... rase melayang-layang je kepala ni.. pastu kena paksa keluar plak tu. ape yang keluar? keluar la selagi ada. bila dah takde apape, keluarlah buih2 putih je. tapi banyak okey... pelik aku. mula-mula aku ingat, ape benda la tu, rupenye tu air liur campur angin. jadi la gitu. huuiihhh... scary.)
  7. MALAS (aku jadi malas sebab bila aku buat-buat kuat nak buat keje itu ini, badan aku jadi cepat letih. bila cepat letih, makanya effect ia seluruh badan dan juga effect seluruh pergerakan aku. nak angkat kepala pun tak boleh okeh..)
  8. 3 KILO ( 3 kilo berat aku turun dalam masa 2 minggu.. fuhh!! apa mau jawab sama misi?? huhu...)

itu setakat ini. sekian. =)
.
.
.

NOTA PENDEK

Assalamualaikum & very good evening to all...

cewaaahhh... ayat tak bleh blah...

ok lah . . . yang sebenarnye aku nak MINTA MAAP sesangat kat korang . . . .  sebab?? SEBULAN AKU TAK UPDATE APAPE !!! gilos. aku pun tak tau nak bagi alasan ape kat korang. sebab aku pregnent kah?

hurmm . . . actually . . . . memang tu je alasannye sekarang. siyes! aku tak sangka sickness aku macam ni sekali. sampai mak aku pun pelik. mak dulu pun mabuk jugak, tapi takde la teruk macam kamu . . kata mak. aku memang tak mampu buat ape dah. no reaction. tadah je ape orang kata. ye la, kalau time sihat dulu, mesti aku balas balik. sekarang. no more. nehi mehi. diam sajork. pastu wat muka seposen. nak wat muka kesian tak reti. huhu . . . hurmm...nasib kamu la macam ni. nak buat macamane, memang kamu tu lembik dari kecik. kalau dapat sakit tu, memang la lembik habis . . kata mak lagi. (dua ayat akhir tu aku yang tambah. hihihi..)

ni hari ni . . . Alhamdulillah, (berkat air zam zam kot) aku sihat. walaupun pagi tadi ade la dizzy mizzy sket kepala aku ni. tapi aku berjaya!! betol la.. mungkin berkat air zam zam. thanks a lot to my sys. Aslina Ahmad Asiri yang bagi aku sebotol beso air zam zam. memang sekarang aku dok berulang minum air zam zam je. pastu niat, mintak Allah bagi aku kekuatan untuk hari ni. sebab sian kat en.sOmi sekarang ni. semua benda beliau kena buat sendiri. dari bangun tido sampai tido balik malam tu, semua beliau buat sendiri. huuu... tetiba sedih plak. sobbs.. sobbss.. hari-hari aku mintak maap kat en.sOmi. wuuu.... sedih ni.. betul, hari-hari aku mintak maap kat en.sOmi sebab hari-hari aku jadi isteri durhaka. (kalau ikut syarat-syarat sebenar isteri solehah lah kan..) mana tak nye, sepatutnye aku yang sediakan makan pakai dia hari-hari. tapi sekarang dia yang buat untuk aku. siyes! aku memang lemah. semua orang tengok aku akan kata . . . sian . . . .  ko mar . . . teruk jugak ko ye . . . takpe la . . . tak lama . . . nak masuk pat bulan nanti ok la . . . huuuiihhhh . . .  ritu masa gi second checkup, aku ingat dah sebulan rupenye baru 2 minggu!! mak aiihh.... 2 minggu tu aku rase macam lameeeeee gilerrrr . . . !! hoh.

Astagfirullah . . . . tak baik merungut kan?? ish.. istifar, istifar. tak. tak. aku bukan merungut. cuma meluahkan dan berkongsi ape yang aku rasa. aku selalu pegang perut pastu cakap kat perut aku. baby . . . cepat la besar . . . takpun, baby . . . dah la tu meragam . . . ibu tak larat sangat ni . . . *nangis. sedih wooo . . . huu . .  en.sOmi selalu marah aku, beliau kata, jangan selalu nangis . . . nanti anak pun selalu nanges. sobbss . . . abes, nak buat macamane . . .  memang aku dah tak tahan sangat-sangat dah!!!! aku paling tak tahan bila sakit kepala yang macam orang migrain tu. time tu mak aiiiihhhhhhhhhhhhhhhh . . . memang Allah je la yang tahu. memang nanges je jawapannye. ko buat la ape pun time tu. memang tak jalan punye. rase nak tebuk je tempurung kepala aku ni pastu keluarkan otak pastu picit-picit sampai dah ok baru masuk balik. boleh??

woooo..... tajuk kata nota pendek. tapi panjang plak yang ditaip. hahahha. tak pe la, kira cover balik la dah sebulan lebih tak update. ok la. stop cerita pasal ke sickness aku yang aku harap tak lama lagi akan berakhir. yang penting harini aku bersyukur sangat-sangat sebab aku mampu update. kalau tak, nak jenguk blog sendiri pun takde hati hokey... fesbuk pun sekarang ni, bukak sekejap usha kot-kot ada notification. kalau takde, aku tengok sekali lalu pastu tutup. pastu aku watpe? hoho.. aku baring je la... peringkat pertama, baring melepek kat meja. sampai ade la pegawai aku tegur ... hai . . . berlekuk la meja tu . . . huhuhu . . . pastu dah tak tahan, gi sandar kat sofa. (kalau line clear la...) takpun bila aku dah jadi pengunjung setia cik.puan.tan.das. . .  kompom la aku lembik. makanya aku laju-laju turun surau. tido.

tu je la keje aku. ahkak ahkak opis ni semua dah tau. nasib aku baik sebab sepanjang tempoh tu, bos aku takde opis. seminggu gi kursus kat jepun. balik jepun, gi seminar. balik seminar, keje jap. pastu cuti balik seminggu. so, aku bleh wat hal sendiri. huhu . . . Alhamdulillah . . . ada hikmah disitu . . .  =)

sekali lagi hari ni memang aku bersyukur sangat. Alhamdulillah, aku boleh update sebab ia menunjukkan tahap kesihatan aku. =) semoga berkekalan lah hendaknye . . Aminn . . .
.
.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...